Saufi Tahir
Mon Oct 28 2024
Arne Slot gembira dengan kebangkitan yang ditampilkan Liverpool selepas ketinggalan dengan dua jaringan untuk berkongsi satu mata selepas terikat 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan dia turut tidak menafikan Arsenal beraksi lebih baik.
Tandukan Virgil Van Dijk membatalkan gol pembukaan Bukayo Saka seawal minit kesembilan pasukan tuan rumah sebelum Mohamed Salah dalam penghujung aksi babak kedua memastikan The Reds pulang dengan satu mata berharga.
Slot terus mengekalkan rekod tanpa kalahnya di tempat lawan semasa pertemuan di Emirates.
"Aksi menarik, kedua-dua pasukan menjaringkan gol daripada situasi bola pegun. Pada pendapat saya, Arsenal adalah pasukan yang lebih baik daripada kami.
"Kami kurang bersedia untuk perlawanan ini dan jika saya melihat betapa kuatnya kami dalam separuh masa kedua, itu sudah menggembirakan saya," katanya.
Slot kini menjadi pengurus Liverpool pertama yang tidak kalah dalam tujuh perlawanan di tempat lawan sejak William Connel pada Febuari 1923.
"Dua kali ketinggalan maka ia sesuatu yang gembira untuk melihat kami boleh bangkit. Kami datang untuk menang tetapi mungkin keputusan seri adalah apa yang kami mampu raih. Cara kami beraksi dalam separuh masa kedua sangat mengagumkan." tambahnya.
WSL: Manchester United tekad bukti status pencabar liga menjelang bertemu Arsenal
Liga Super Wanita (WSL) kembali selepas rehat antarabangsa dengan pertembungan sengit menanti di antara Manchester United dan Arsenal.
Liga Pro Saudi: Milinkovic-Savic pastikan rekod tanpa kalah Al-Hilal kekal
Sergej Milinkovic-Savic memastikan rekod tanpa kalah Al-Hilal pada permulaan musim Liga Pro Saudi kekal susulan tandukkan berjaya memastikan juara bertahan itu seri 1-1 dengan berdepan Al-Nassr semalam.
Liga Super: Terengganu tamat kemarau kemenangan atasi Penang
Terengganu menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa kemenangan apabila menewaskan Penang 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.
Liga Super: JDT benam Negeri Sembilan di Paroi
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memungut tiga mata penuh dalam Liga Super Malaysia selepas memperoleh kemenangan berdepan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.
K-League: Kim Pan-gon bawa Ulsan HD bergelar juara Korea Selatan
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, meraih gelaran pertamanya sebagai pengendali Ulsan HD apabila kelab itu dinobatkan juara K-League -- biarpun berbaki dua perlawanan liga -- sebentar tadi.
Separuh masa Liga Super: Dua jaringan Heberty Fernandes gusarkan penyokong tuan rumah
Dua jaringan daripada pemain import, Heberty Fernandes, memberi kelebihan buat Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam separuh masa pertama Liga Super Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, ketika ini.
Manchester United umum Ruben Amorim sebagai pengurus baru
Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, sebentar tadi mengumumkan pelantikan Ruben Amorim sebagai pegurus baru kelab itu.
Kesebelasan Utama Liga Super: Ibarat pertembungan langit dan bumi, Negeri Sembilan bertemu JDT
Pertembungan ibarat langit dan bumi bakal menyaksikan pendahulu Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), menentang kelab tercorot, Negeri Sembilan, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, sebentar nanti.
Liga Super: Info siaran langsung & live streaming Terengganu lawan Penang
Terengganu dan Penang akan bertembung dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.
Liga Super: Info siaran langsung & live streaming Negeri Sembilan lawan JDT
Negeri Sembilan akan berdepan cabaran getir apabila melayani kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), di Paroi malam ini.
Sounders in control of their playoff destiny but must find ruthless edge, says Schmetzer
Preview: Houston v Seattle
Stuttgart stalemate delivered 'most complete' display, insists Alonso
Alonso happy with Leverkusen draw
Morris confident Luton's 'ruthless streak' will return after West Brom draw
Morris confident in Luton forwards
Bayer Leverkusen 0-0 Stuttgart: Wasteful hosts lose ground in title race
Report: Leverkusen 0-0 Stuttgart
Piastri prepared to give up Sprint victory in Brazil to benefit Norris
Piastri ready to help Norris
Lloris demands improvements as he seeks to complete LAFC 'mission'
Preview: Vancouver v LAFC
Al-Nassr 1-1 Al-Hilal: Milinkovic-Savic leveller keeps champions unbeaten
Report: Al-Nassr 1-1 Al-Hilal
Girona will improve when injured players return, insists Michel
Michel: Girona will improve
Kobel ruled out of Leipzig clash, but Sahin confident of Dortmund revival
Kobel ruled out of Leipzig clash
Cushing aiming to create ‘incredible’ Citi Field atmosphere to inspire playoff comeback
Preview: NYCFC v FC Cincinnati