NEWCASTLE 1 MAN UTD 0

Anthony Gordon menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-55 bila mana Newcastle United menewaskan Manchester United buat kali kedua dalam tempoh lebih sebulan.


Kemenangan itu diraih datang dengan harga yang agak mahal apabila penjaga gol Nick Pope mengalami kecederaan bahu yang serius pada awal perlawanan.

Gordon yang berada dalam prestasi terbaik menyambar hantaran lintang rendah Kieran Trippier untuk memberikan Newcastle kejayaan yang amat berbaloi, mengatasi lawan mereka bagi menghuni kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hal ini berlaku 31 hari selepas barisan Eddie Howe itu mencatat kemenangan 3-0 di Old Trafford dalam Piala Liga Inggeris (EFL).

Pasukan kendalian Howe itu yang dilanda kecederaan sepatutnya berada di depan sebelum rehat apabila rembatan Alexander Isak dihalang oleh Harry Maguire sebelum sepakan percuma Trippier melantun ke bahagian bawah palang.

Dan gol akhirnya muncul untuk Newcastle dan gerakan ini hadir melalui Gordon, yang bergandingan dari sebelah kiri padang dengan Tino Livramento sekaligus sukar untuk dikawal oleh skuad The Red Devils.

Kemenangan Newcastle bermakna mereka telah menewaskan Manchester United dalam tiga perlawanan berturut-turut buat kali pertama dalam lebih satu abad.

Dengan kemenangan Newcastle itu, mereka berjaya menamatkan rentetan kemenangan tiga kali berturut-turut oleh Man United.