Liverpool yang kini di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 45 mata perlu berwaspada berdepan Manchester United yang berada di kedudukan ke-14 dengan mengumpul 22 mata.

Ibarat harimau yang terluka bukan jaminan skuad kendalian Arne Slot mengambil mudah terhadap The Red Devils yang sudah tewas empat perlawanan berturut-turut termasuk di suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) kepada Tottenham Hotspur.


Berbeza dengan The Reds yang tidak tewas dalam 23 aksi dalam semua pertandingan sejak tunduk kepada Nottingham Forest dalam EPL September lalu, lebih tepat lagi empat perlawanan terakhir dengan kemenangan.

Pertemuan terakhir memihak kepada anak buah Slot dengan kemenangan 3-0 di Old Trafford, semasa kendalian Erik ten Hag.


Jadi aksi kali ini di Anfield pastinya menjanjikan keputusan luar jangka, kedua-dua pengendali yang baru mengambil alih pasukan musim ini akan dinilai adakah sejarah mungkin berulang atau sebaliknya?