Muzaffar Musa
Sun Oct 03 2021
SASSUOLO 1 INTER MILAN 2
Edin Dzeko telah menjaringkan enam gol daripada tujuh perlawanan pertama bersama Inter Milan, sekali gus menyamai rekod yang pernah dilakukan Ronaldo dalam musim 1997-98 dan penyerang itu semakin yakin selepas permulaan cemerlangnya bersama pasukan itu.
Penyerang berusia 35 tahun berkenaan masuk daripada bangku pemain simpanan dalam babak kedua ketika Nerazzurri menewaskan Sassuolo 2-1 dalam perlawanan Serie A di gelanggang lawan awal pagi tadi.
Inter ketinggalan dalam perlawanan tu tetapi Dzeko menyamakan kedudukan hanya berselang seminit selepas dimasukkan sebelum mendapatkan sepakan penalti yang disudahkan Lautaro Martinez bagi memenangi perlawanan itu.
Dzeko menyertai Inter pada Ogos lalu bagi menggantikan pemain bintang, Romelu Lukaku, yang memilih untuk menyertai Chelsea, tetapi kelihatan sudah mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain Belgium berkenaan.
"Enam gol selepas tujuh perlawanan, setahu saya Ronaldo merupakan pemain terakhir yang dapat melakukannya," kata Dzeko selepas perlawanan itu.
"Inter menandatangani saya untuk melakukannya. Saya tahu apa yang boleh saya berikan dan mereka juga mengetahuinya."
Ditanya sama ada Inter sudah boleh melupakan Lukaku, dia menambah: "Kami sedang memandang ke depan, kami melakukannya dengan amat baik.
"Saya tidak memikirkan mengenai masa silam. Ayuh meneruskannya seperti ini."
LaLiga: Carlo Ancelotti optimis misi Real Madrid buru kejuaraan semakin hampir
Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti, menjelaskan dia tidak percaya bakal ada pemenang LaLiga seperti musim lalu yang memenanggi saingan liga dengan kelebihan 10 mata seperti yang dilakukan oleh pasukannya musim lalu.
EPL: Bernardo Silva akui Manchester City sudah boleh kibar 'bendera putih'
Tonggak utama Manchester City, Bernardo Silva, percaya pasukannya benar-benar sudah 'terkeluar daripada perlumbaan' mempertahan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Revolusi Harimau Malaya: Untung nasib pemain tempatan
Dimensi baru skuad bola sepak negara menerusi revolusi Harimau Malaya mencetuskan persoalan mengenai untung nasib pemain tempatan yang perlu berjuang untuk merebut tempat dalam pasukan kebangsaan.
Dua legenda bola sepak negara bertanding jawatan dalam FAM?
Dua legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan, dilaporkan akan bertanding jawatan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang kongres badan induk itu bulan depan.
Revolusi Harimau Malaya mampu cetus kebangkitan bola sepak negara -- Paulo Josue
Tonggak serangan skuad kebangsaan, Paulo Josue, percaya revolusi yang sedang dilakukan Harimau Malaya mampu menjadi pencetus kepada kebangkitan bola sepak negara menerusi sentuhan individu hebat dari pengurusan tertinggi sehinggalah ke barisan kejurulatihan.
ACC Shopee Cup: KL City tempang bertemu Lion City Sailors, tonggak utama dibelenggu kecederaan
Meskipun menerima rehat hampir tiga minggu sejak perlawanan suku akhir Unifi Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) tempoh hari, Kuala Lumpur City masih dihantui beberapa siri kecederaan pemain menjelang kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee, Khamis depan.
EPL: Pertemuan penuh debaran, Arne Slot sedia kecewakan Man Utd lagi
Selepas kekalahan demi kekalahan, giliran Manchester United bertemu pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, dalam perlawanan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peminat seantero dunia.
Cristiano Ronaldo mulakan hari seawal jam 6 pagi -- Georgina
Teman wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez, berkongsi amalan sihat yang dilakukan bintang Al-Nassr itu setiap hari bagi memastikan kekal di tahap yang terbaik.
FC Osaka lepaskan Muhammad Abu Khalil, kembali perkuat Selangor
Tonggak bawah 23 tahun (B-23) negara, Muhammad Abu Khalil, sah tidak bersama FC Osaka selepas tempoh pinjamannya telah tamat pada 31 Disember lalu.
Final Piala AMEC: Info siaran langsung (live streaming) Vietnam lawan Thailand
Dua pasukan gergasi Asia Tenggara, Vietnam dan Thailand, akan bertembung dalam aksi final pertama Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) di Stadium Phu Tho malam ini.
Lopetegui warns West Ham of Man City's threat despite recent struggles
Lopetegui: Be wary of Man City
Inter do Inzaghi proud in Supercoppa Italiana
Inter going beyond expectations
Atalanta boss Gasperini defends Supercoppa Italiana team selection
Gasperini defends team choice
Poor December finish proves Chelsea not in title contention, says Colwill
Colwill: Chelsea not in title race
Silva concedes Man City 'completely out of title race'
Silva: Man City out of title race
Inter 2-0 Atalanta: Dumfries double sends Inzaghi's side into Italian Super Cup final
Report: Inter 2-0 Atalanta
Bavuma insists Maphaka 'not on trial' ahead of history-making Test debut
Maphaka to make Proteas history
Napoli have chance at Serie A summit as Roma desperate for win against Lazio
Napoli can open gap on title rivals
Juventus boss Motta: Conceicao not phased by family reunion
Conceicao unphased by family ties
Rodgers suggests Celtic's lead influenced poor Rangers showing
Rodgers: Lead influenced us