Muzaffar Musa
Tue Aug 16 2022
JUVENTUS 3 SASSUOLO 0
Dusan Vlahovic menjaringkan gol berganda untuk membantu Juventus meraih kemenangan 3-0 ke atas Sassuolo dalam perlawanan pembukaan Serie A mereka musim ini awal pagi tadi.
Penyerang Serbia itu menjaringkan satu gol dalam setiap babak untuk Bianconeri mengawal permainan selepas Angel di Maria menandakan penampilan pertamanya bersama Juve dengan gol pembukaan perlawanan di Stadium Allianz itu.
Pasukan bimbingan Massimiliano Allegri berkenaan bermula goyah dan membenarkan Sassuolo untuk menguji Mattia Perin dengan dua percubaan Gregoire Defrel.
Juventus kemudian mula mendapatkan rentak dan memecahkan kebuntuan apabila Di Maria menemui lintangan Alex Sandro sebelum melepaskan sepakan voli untuk menewaskan penjaga gol, Andrea Consigli.
Lima minit sebelum ke bilik persalinan, Vlahovic dijatuhkan Gian Marco Ferrari dalam kawasan penalti tuan rumah sebelum dia menyudahkan sepakan itu dengan penuh yakin untuk membuka akaun jaringannya musim ini.
Suassuolo sendiri menjadi arkitek kejatuhan mereka dalam babak kedua, di mana Kaan Ayhan terlepas bola kepada Di Maria, yang kemudian melakukan umpanan untuk Vlahovic menemui gol kedua peribadinya.
Juventus akan berehat selama seminggu sebelum bertemu Sampdoria bagi aksi berikutnya manakala Sassuolo pula akan berdepan Lecce hujung minggu ini.
Piala Dunia Kelab FIFA: Manchester City jumpa Juventus, Ulsan HD uji Borussia Dortmund
Manchester City bakal melancarkan misi mempertahankan kejuaraan Piala Kelab Dunia FIFA selepas diundi menentang Wydad AC, Al-Ain dan Juventus dalam saingan peringkat Kumpulan G. Skuad kendalian Pep Guardiola merupakan juara bertahan selepas menjulang menjulang kejuaraan itu pada musim lalu selepas melakar kemenangan 4-0 mengatai kelab gergasi Braz
Paul Pogba kembali ke Man United?
Bekas pemain akademi Manchester United, Paul Pogba, dilaporkan akan kembali ke Manchester United selepas menamatkan kontraknya secara persetujuan dengan Juventus.
Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak
Juventus dan Paul Pogba telah bersetuju untuk mencapai persetujuan untuk membatalkan kontrak pemain tengah itu selepas dia digantung kerana gagal dalam ujian doping.
Saya bukan penipu -- Pogba mahu kembali ke lapangan
Paul Pogba menegaskan bahawa dia bukan seorang penipu tetapi mengakui perlu bertanggungjawab atas kegagalannya dalam ujian doping yang mengakibatkan dia digantung sehingga hari ini.
Dua gergasi Eropah berminat dapatkan Mohamed Salah
Hala tuju penyerang utama Liverpool, Mohamed Salah, masih menjadi tanda tanya susulan kontraknya bakal berakhir pada penghujung musim ini.
Serie A: Szczesny tamat kontrak di Juventus secara persetujuan bersama
Wojciech Szczesny meninggalkan Juventus selepas mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya, demikian diumumkan kelab Serie A itu lewat malam tadi.
Pramusim: Motta langkah kiri ujian pertama pacu Juventus
Perlawanan pertama Juventus di bawah kendalian Thiago Motta berakhir dengan kekalahan selepas dibelasah 0-3 oleh kelab divisyen dua Bundesliga, Nurnberg, awal pagi tadi.
Serie A: Juventus pecat Massimiliano Allegri
Selepas kemenangan Juventus ke atas Atalanta di final Piala Itali pada khamis lepas, The Old Lady ambil keputusan untuk memecat pengurus mereka, Massimiliano Allegri, serta-merta susulan tingkah laku buruk
Coppa Italia: Juventus julang piala pertama dalam tempoh tiga tahun
Jaringan awal Dusan Vlaholic membantu Juventus meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Atalanta dalam perlawanan akhir Coppa Italia di Stadium Olimpico, awal pagi tadi sekaligus memenangi piala pertama mereka dalam tempoh tiga tahun.
Gabungan Juventus-TikTok Italia angkat bola sepak wanita
Juventus dan TikTok Italia telah menandatangani perkongsian untuk terus menyokong pasukan utama kelab dan pertumbuhan bola sepak wanita di Itali dan di seluruh dunia.
Lopetegui warns West Ham of Man City's threat despite recent struggles
Lopetegui: Be wary of Man City
Inter do Inzaghi proud in Supercoppa Italiana
Inter going beyond expectations
Atalanta boss Gasperini defends Supercoppa Italiana team selection
Gasperini defends team choice
Poor December finish proves Chelsea not in title contention, says Colwill
Colwill: Chelsea not in title race
Silva concedes Man City 'completely out of title race'
Silva: Man City out of title race
Inter 2-0 Atalanta: Dumfries double sends Inzaghi's side into Italian Super Cup final
Report: Inter 2-0 Atalanta
Bavuma insists Maphaka 'not on trial' ahead of history-making Test debut
Maphaka to make Proteas history
Napoli have chance at Serie A summit as Roma desperate for win against Lazio
Napoli can open gap on title rivals
Juventus boss Motta: Conceicao not phased by family reunion
Conceicao unphased by family ties
Rodgers suggests Celtic's lead influenced poor Rangers showing
Rodgers: Lead influenced us