David de Gea percaya Manchester United dapat menambah lebih banyak trofi untuk kejayaan Piala EFL mereka musim ini selepas mengetepikan Newcastle United di Wembley.

Tandukan Casemiro dan gol sendiri Sven Botman menyaksikan pasukan kendalian Erik Ten Hag memecah kemarau gelaran enam tahun dengan kemenangan 2-0 awal pagi tadi.



De Gea, yang memecahkan rekod penjaga gawang, Peter Schmeichel, untuk tidak dibolosi buat kali ke-181, menambah koleksi pingat bersama United.

Tetapi dengan kelab itu masih bersaing untuk berjaya di Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Europa musim ini, pemain kelahiran Sepanyol berharap mereka dapat terus menang.

"Kami masih dalam tiga pertandingan, dan kami mempunyai peluang untuk memenangi lebih banyak trofi," katanya kepada BBC Radio 5 Live. "Saya rasa mentaliti pasukan kami adalah kemenangan.

"Saya telah lama berada di sini, jadi ini bermakna banyak untuk saya, saya emosi kerana sudah lama tanpa trofi, saya gembira di sini untuk peminat.

"Kami telah berada di beberapa peringkat akhir yang kami kalah, jadi kami tahu hari ini kami terpaksa melakukannya. Kami menentang pasukan yang sukar, tetapi saya sangat bangga dengan usaha kami."