Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini mengumumkan pelantikan Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan Harimau Malaya.
Keputusan ini dilihat sebagai langkah berani dan strategik dalam usaha memperkukuh struktur pengurusan bola sepak negara yang memerlukan sentuhan profesional bertaraf antarabangsa.
Dalam dunia bola sepak moden, kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya ditentukan oleh pengalaman atau reputasi, tetapi berdasarkan kompetensi yang merangkumi Pengetahuan, Kemahiran, Keupayaan, dan Sikap. Keempat-empat elemen ini memainkan peranan penting dalam membentuk seorang pemimpin yang mampu membawa perubahan positif dalam pengurusan sukan. Pelantikan Friend selaku CEO Harimau Malaya dilihat memenuhi keempat-empat dimensi ini, menjadikannya calon yang sesuai untuk memacu pembangunan bola sepak Malaysia ke arah lebih profesional dan berdaya saing.
Rob Friend bukanlah nama asing dalam dunia bola sepak global. Berasal dari Rosetown, Saskatchewan, Kanada, beliau pernah beraksi di pentas bola sepak antarabangsa sebagai penyerang prolifik, dengan mencatatkan 32 penampilan untuk skuad kebangsaan Kanada antara tahun 2003 hingga 2011. Antara kelab ternama yang pernah diwakilinya termasuk Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin, dan LA Galaxy. Namun, keunikan Friend bukan sekadar pada pencapaiannya sebagai pemain, tetapi transformasinya selepas bersara sebagai pemimpin dan pengurus bola sepak profesional.
Sejurus bersara pada tahun 2014, Friend mula mencipta nama dalam dunia pengurusan dengan menjadi pengasas bersama Canadian Premier League (CPL), sebuah liga yang pada awalnya tidak dikenali tetapi berjaya berkembang menjadi liga bernilai AS$300 juta hanya dalam tempoh enam tahun. Beliau turut menerajui Pacific FC sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (2019-2022) dan kini memegang jawatan Presiden Vancouver FC sejak 2022. Kejayaannya dalam membangunkan kelab dan fasiliti bola sepak, termasuk pembinaan stadium dan pusat latihan moden, membuktikan kemampuannya mengurus organisasi bola sepak dengan cemerlang.
________________________________________
Mengapa FAM Memilih Rob Friend?
Berdasarkan dimensi kompetensi yang merangkumi Pengetahuan, Kemahiran, Keupayaan, dan Sikap, sememangnya pelantikan Friend menepati kriteria seorang pemimpin bola sepak moden yang berprestasi tinggi dan mampu membawa perubahan strategik kepada pasukan kebangsaan Harimau Malaya.
Dari aspek pengetahuan, Friend memiliki pemahaman mendalam tentang ekosistem bola sepak profesional, khususnya dalam membangunkan liga yang kompetitif, pembangunan fasiliti berkelas dunia dan program pembangunan bakat. Pengalamannya membangunkan CPL yang kini menjadi salah satu liga bola sepak berkembang pesat di Amerika Utara mencerminkan kefahaman strategiknya dalam aspek pengurusan bola sepak di peringkat global.
Dari sudut kemahiran, Friend telah membuktikan keupayaannya dalam merangka strategi pengurusan yang berkesan, termasuk mengurus operasi kelab, penajaan, pemilihan pemain, dan pembangunan fasiliti latihan yang sistematik. Pengalaman Friend dalam membangunkan Pacific FC dan Vancouver FC daripada kelab baru kepada jenama yang stabil membuktikan kemahiran beliau dalam pengurusan sumber manusia, kewangan, dan pemasaran yang berimpak tinggi.
Keupayaan Friend jelas terserlah dalam mencipta impak positif dalam arena bola sepak. Beliau telah mengubah CPL daripada sebuah liga yang tidak dikenali kepada entiti bernilai AS$300 juta dalam tempoh hanya enam tahun. Keupayaan ini menunjukkan kebolehannya dalam membina nilai jangka panjang kepada kelab dan liga, satu aspek penting yang boleh dimanfaatkan FAM dalam memperkukuh struktur bola sepak negara.
Dari perspektif sikap, Friend dikenali sebagai seorang pemimpin yang berintegriti dan menekankan ketelusan dalam setiap keputusan yang dibuat. Prinsip profesionalisme yang tinggi ini amat penting dalam membina kepercayaan dalam kalangan pemegang taruh bola sepak negara, termasuk pemain, jurulatih, penyokong dan pihak penaja.
________________________________________
Cabaran yang Akan Dihadapi Friend di Malaysia
Walaupun Friend membawa rekod cemerlang, beliau bakal berdepan dengan cabaran unik dalam konteks bola sepak Malaysia yang dipengaruhi oleh faktor sosio-ekonomi, geografi, sosio-budaya, dan isu pemain naturalisasi.
Perbezaan sosio-ekonomi antara negeri mungkin memberi cabaran dalam memastikan akses sama rata kepada fasiliti latihan yang berkualiti. Kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Selangor mungkin memiliki infrastruktur yang lengkap, namun di kawasan luar bandar seperti Sabah dan Sarawak, cabaran logistik serta kekurangan fasiliti latihan bertaraf tinggi memerlukan perancangan jangka panjang yang lebih inklusif.
Dari sudut geografi, Malaysia yang terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo menghadapi cabaran logistik yang ketara, terutama dalam memastikan penyertaan dan latihan yang konsisten bagi semua pemain dari seluruh negara. Koordinasi perlawanan liga dan program latihan di semua zon memerlukan perancangan yang lebih teliti.
Sosio-budaya Malaysia yang pelbagai turut menjadi faktor penting yang perlu difahami Friend. Setiap negeri dan komuniti membawa gaya permainan yang unik, selain norma budaya yang mempengaruhi hubungan antara pemain, jurulatih, dan pengurusan. Pendekatan Friend perlu menghormati elemen budaya tempatan sambil memperkenalkan sistem pengurusan bertaraf antarabangsa.
Salah satu cabaran terbesar ialah isu pemain naturalisasi dan bakat tempatan. Bola sepak Malaysia kini berhadapan dengan ketidakseimbangan antara penggunaan pemain naturalisasi dan pembangunan bakat tempatan. Friend perlu memastikan terdapat keseimbangan yang adil dengan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat tempatan yang berkelanjutan tanpa mengabaikan sumbangan pemain naturalisasi yang berpotensi.
________________________________________
Penutup: Masa Depan yang Penuh Harapan
Pelantikan Rob Friend sebagai CEO Harimau Malaya adalah satu langkah berani yang diambil FAM dalam usaha memperkukuh pengurusan bola sepak negara. Dengan pengalaman luas dan pencapaian yang cemerlang dalam arena bola sepak antarabangsa, Friend dilihat sebagai individu yang berpotensi membawa perubahan positif dalam jangka masa panjang.
Berdasarkan pengetahuan yang mendalam dalam mengurus liga profesional dan membangunkan struktur bola sepak berdaya saing seperti Canadian Premier League (CPL), Friend dilengkapi dengan kefahaman menyeluruh untuk menyusun strategi pembangunan bola sepak yang lebih holistik di Malaysia. Pengetahuan ini akan membolehkannya merancang penyelesaian bagi mengatasi cabaran sosio-ekonomi dan akses fasiliti yang berbeza di seluruh negara dengan pendekatan yang lebih sistematik.
Kemahiran Friend dalam mengurus kelab bola sepak, rundingan penajaan, pembangunan fasiliti, serta pengurusan tenaga kerja menjadikan beliau calon yang tepat untuk menyusun semula sistem bola sepak negara. Kemahiran ini penting dalam merancang logistik yang lebih efektif bagi mengatasi cabaran geografi Malaysia yang kompleks, seperti pengurusan perjalanan pasukan dan pembangunan kelab di pelbagai zon secara lebih bersepadu.
Keupayaan Friend dalam mencipta impak positif terbukti dengan kejayaannya meningkatkan nilai CPL daripada sifar kepada AS$300 juta dalam tempoh enam tahun. Keupayaan ini mencerminkan kebolehannya untuk menambah nilai dan mengubah bola sepak Malaysia menjadi lebih kompetitif dengan mengimbangi pembangunan pemain tempatan dan penggunaan pemain naturalisasi secara berhemah.
Akhir sekali, sikap Friend yang profesional, berintegriti, dan komited terhadap prinsip kepimpinan telus merupakan elemen penting dalam mengendalikan perbezaan sosio-budaya dalam bola sepak Malaysia. Sikap ini akan membantunya membina kepercayaan dalam kalangan semua pihak berkepentingan termasuk pemain, jurulatih, penyokong dan penaja.
Pensyarah Universiti Malaya (UM), Firdaus Abdullah
Sat Jan 11 2025
Visi TMJ gamit Rob Friend lonjak bola sepak kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, teruja untuk menerokai peluang dalam usaha menaikkan martabat bola sepak kebangsaan.
Penyokong Harimau Malaya harap bakat tempatan tidak terabai
Penyokong Harimau Malaya rata-ratanya melihat revolusi bola sepak negara daripada pandangan berbeza susulan akan mempunyai lambakan pemain warisan.
Cerita revolusi Harimau Malaya tarik perhatian Vietnam
Pembaharuan landskap bola sepak Malaysia yang ingin dicetuskan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menarik perhatian warganet Vietnam, terutamanya laman portal sukan negara terbabit.
Tiada masalah selagi boleh bantu Harimau Malaya -- Jelas Safawi Rasid
Penyerang kebangsaan, Safawi Rasid, memandang positif perkembangan semasa revolusi bola sepak negara yang sedang rancak berlangsung dengan dijangkakan beberapa pemain warisan akan masuk memperkuatkan Harimau Malaya.
Perdana menteri sasar dana tambahan bantu matangkan pelapis Harimau Malaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, percaya dokongan berterusan daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mampu memacu Harimau Malaya ke tahap lebih tinggi di persada antarabangsa.
TERKINI: FAM terima tambahan RM15 juta buat pembangunan bola sepak negara
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peningkatan peruntukan RM15 juta pembangunan bola sepak kepada RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak negara.
Tiada pemain dari England -- TMJ
Majoriti pemain warisan baharu skuad negara bukan calang-calang dan ketika ini sedang beraksi di liga teratas Eropah.
Senang salahkan FAM, kelab kena bertanggungjawab -- TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menegaskan pembangunan bola sepak akar umbi haruslah menjadi tanggungjawab setiap kelab bagi memastikan kelancaran pemain tempatan semakin meningkat.
TMJ sudah kenal pasti enam hingga tujuh pemain warisan Harimau Malaya
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam satu perkongsian hari ini menjelaskan sudah mengenal pasti enam hingga tujuh pemain warisan yang berpotensi untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya menjelang Kelayakan Piala Asia 2027.
Dari Kanada ke Kelana Jaya: Siapa Rob Friend, kepentingannya untuk FAM?
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini mengumumkan pelantikan Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan Harimau Malaya.
Chelsea hope James can stay fit after 'lonely' injury nightmare
Chelsea set James fitness target
Sheehan and Furlong returns will 'massively increase competitiveness' in Ireland's Six Nations squad
Furlong returns to Ireland 6N squad
Australian Open: Fonseca 'has got the goods', says Djokovic
Djokovic: Fonseca can be a star
Amorim: Man Utd will learn more from Southampton than Liverpool or Arsenal
Amorim: Utd cannot counter forever
Australian Open: Gauff 'carries the weight of a champion', says Burrage
Gauff 'carries weight of champion'
Ancelotti's Supercopa frustrations linger ahead of Copa del Rey clash
Ancelotti's frustration lingers
Fernandes lauds Zirkzee's redemption arc following FA Cup heroics
Preview: Man Utd v Southampton
Australian Open: Zverev cruises into third round as Paul beats Nishikori
Zverev cruises into third round
Dyche backs Moyes to push Everton forward in second Goodison spell
Dyche: Moyes will push Everton
Borthwick: George disappointed to lose captaincy to Itoje for Six Nations
Itoje replaces George as captain