Shaiful Shamsudin
Fri Jan 06 2023
Daley Blind melengkapkan perpindahan mengejutnya ke Bayern Munich sebaik dilepaskan oleh Ajax.
Pertahanan Belanda itu telah dikaitkan dengan Royal Antwerp, tetapi dia mendapati peluang lebih menarik untuk menyertai pendahulu Bundesliga, Bayern.
Bekas pemain Manchester United berusia 32 itu kemudian memeterai kontrak selama enam bulan.
"Kami gembira Daley menyertai pasukan kami. Daley adalah pemain pertahanan serba boleh, mampu bermain di sebelah kiri atau di tengah. Dia mempunyai pengalaman antarabangsa yang hebat termasuk kualiti kepimpinannya. Saya pasti dia akan membantu kami," kata Pengarah Sukan, Hasan Salihamidzic.
Blind lulus ujian pemeriksaan perubatan dengan Bayern di sebalik pernah menghadapi masalah jantung pada Disember 2019.
Ia terbukti bukan satu halangan dan Blind kini bersedia untuk beraksi buat pasukan kendalian Julian Nagelsmann itu dalam memburu kejuaraan domestik dan Eropah.
Bercakap mengenai perpindahannya, Blind mengesahkan peluang menjulang gelaran menjadi faktor utama dalam keputusannya: "Saya tidak sabar lagi untuk beraksi di sini. Kami akan mengharungi tempoh paling penting musim ini, ia boleh menjadi penentu kejuaraan dan kelab seperti Bayern mampu memenangi segala trofi.
"Kelab yang dahagakan gelaran ini merupakan kunci dalam keputusan saya. Saya harap saya mampu menggunakan pengalaman saya demi membantu pasukan. Saya akan mencurahkan segala-galanya buat Bayern Munich."
Eredivisie: Ajax seri lawan PSV Eindhoven dalam debut Jordan Henderson
Bekas kapten Liverpool Jordan Henderson membuat penampilan sulungnya bersama Ajax ketika pasukan Amsterdam itu mengikat pendahulu Liga Utama Belanda, PSV Eindhoven dengan keputusan 1-1 pagi tadi.
UEL: Gol Ansu Fati, Simon Adingra pastikan Brighton tumbangkan Ajax
Brighton memastikan masa depan cerah dalam saingan peringkat kumpulan Liga Europa (UEL) musim ini apabila meraih kemenangan 2-0 ke atas Ajax di Amsterdam Arena awal pagi tadi.
Eredivisie: Ajax cari pengurus baru
Ajax mengumumkan bahawa pengurus, Maurice Steijn, telah meninggalkan kelab Eredivisie itu berkuat kuasa serta-merta.
Edson Alvarez janjikan permainan berkualiti bersama West Ham
West Ham telah menyelesaikan pembelian pemain antarabangsa Mexico, Edson Alvarez, dari Ajax dengan bayaran yang tidak didedahkan.
Onana mahu cipta legasi sendiri selepas lengkapkan perpindahan ke Manchester United
Penjaga gol baharu Manchester United, Andre Onana, tidak sabar untuk mencipta legasinya sendiri di Old Trafford selepas dia melengkapkan perpindahannya ke kelab itu pada malam Khamis.
Keadaan Van der Sar 'stabil tetapi masih membimbangkan'
Keadaan bekas penjaga gol Belanda dan Manchester United, Edwin van der Sar, kekal stabil namun 'masih membimbangkan' selepas mengalami pendarahan otak.
Edwin van der Sar dalam rawatan rapi selepas alami pendarahan otak
Bekas penjaga gol Manchester United dan Belanda, Edwin van der Sar, berada dalam rawatan rapi selepas mengalami pendarahan otak, perkara itu diumumkan oleh Ajax.
Ajax lantik Heitinga sehingga penghujung musim selepas pecat Schreuder
Ajax melantik John Heitinga sebagai ketua jurulatih pasukan utama mereka sehingga penghujung musim ini.
Ajax pecat Schreuder selepas tujuh perlawanan tanpa menang
Ajax memecat ketua jurulatih, Alfred Schreuder, gara-gara prestasi merudum kelab itu.
Daley Blind lengkap perpindahan ke Bayern Munich
Daley Blind melengkapkan perpindahan mengejutnya ke Bayern Munich sebaik dilepaskan oleh Ajax.
Martin wants Southampton to keep on smiling
Preview: Southampton v Everton
'I couldn't ask for more' - Van Nistelrooy salutes Man Utd players after Leicester victory
Ruud: 'I couldn't ask for more'
Cooper pragmatic about disappointing defeats ahead of Ipswich clash
Preview: Ipswich Town v Leicester
Extremadura 0-4 Girona: Miovski helps injury-hit visitors into next round
Report: Extremadura 0-4 Girona
Guardiola laments injury issues for City after Spurs loss
Pep: Injuries an issue
Howe hopes high-pressing Newcastle inspired by Chelsea win
Howe hails Magpies pressing
Postecoglou lauds 'ever-evolving' Spurs after eliminating Man City
Postecoglou: Spurs always evolving
Aberdeen deliver statement win over Rangers to keep pace with Celtic
Undefeated Aberdeen maintain pace
Tottenham host Man Utd in headline EFL Cup quarter-final tie
Tottenham-Man Utd headlines QFs
Gakpo still wants more despite firing Liverpool into EFL Cup quarter-finals
Gakpo still wants more for Reds