Shaiful Shamsudin
Tue Jun 23 2020
Lima pemain Red Star Belgrade didapati positif COVID-19, menurut juara Serbia itu.
Saringan yang diketengahkan mengesan Marko Gobeljic, Njegos Petrovic, Dusan Jovancic, Marko Konatar dan Branko Jovicic positif pandemik itu.
Begitupun, Gobeljic, Petrovic, Jovancic dan Konatar yang menunjukkan gejala wabak itu sebelum perlawanan akhir Sabtu lalu, tidak menghadiri perlawanan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga tatkala skuad yang diketuai Dejan Stankovic tersebut meraikan gelaran SuperLiga yang ketiga berturut-turut di hadapan peminat sejurus mengetepikan Proleter Novi Sad 2-1.
Red Star juga beraksi di hadapan hampir 25,000 penyokong dalam pertembungan separuh akhir Piala Serbia menentang seteru ketat dan berjiran, Partizan, dengan kemenangan 1-0 pada 10 Jun lalu sejurus sekatan kawalan pergerakan di negara itu dilonggarkan.
"Pemain-pemain yang disebutkan berasa baik dan sedang menjalani kuarantin yang ketat selain berterusan berhubung dengan pasukan perubatan kelab," kata Red Star dalam satu kenyataan hari ini.
"Keadaan pemain-pemain ini sedang dipantau dengan cermat dan ujian baru akan dilakukan sebelum kami memulakan persiapan musim depan."
Red Star menambah: "Adalah penting untuk mendedahkan bahawa kesemua pemain, pengurusan dan kakitangan lain yang melakukan kontak rapat dengan skuad utama menunjukkan keputusan negatif. Red Star telah mengambil semua langkah keselamatan yang diperlukan dan kami akan terus melakukannya."
Pengusaha gimnasium terima bantuan kerajaan
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengumumkan peruntukan khas menteri sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Pengusaha Gimnasium di Malaysia bagi membantu kelangsungan industri berkenaan terutama pasca COVID-19.
Bruno Fernandes berlumba dengan masa
Bruno Fernandes dijangkiti COVID-19 dan mungkin terlepas perlawanan getir di tempat sendiri ketika menentang Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara (UCL), Rabu ini.
Indian Wells: Djokovic tersenarai tapi belum tentu dapat lampu hijau
Nama Novak Djokovic turut tersenarai untuk Terbuka Indian Wells bulan depan walaupun kejohanan itu memerlukan semua pemain mendapatkan COVID-19.
Messi perlu lebih masa pulih COVID-19
Lionel Messi mendedahkan bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan untuk pulih daripada COVID-19, baru-baru ini.
COVID-19: Ronaldo tangguh penampilan di Cruzeiro
Ronaldo telah diuji positif COVID-19 sekali gus terlepas sambutan ulang tahun kelab Brazil yang dibelinya baru-baru ini, Cruzeiro.
COVID-19: Tuchel mahu elak penangguhan kempen EPL
Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, menolak agar perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dihentikan sementara sempena Krismas berikutan peningkatan kes COVID-19 kerana dia berasakan ia hanya akan menambahkan lagi masalah.
COVID-19: Kimmich sedia divaksin selepas alami simptom
Joshua Kimmich melahirkan rasa kesal kerana tidak mengambil peluang untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, tetapi menempelak mereka yang mengkritik keraguannya.
Kem Man Utd dilanda COVID-19 untuk kunjungan ke Brentford
Persiapan Manchester United untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Brentford terganggu kerana penularan COVID-19.
COVID-19: Bayern Munich tutup pintu stadium kepada penyokong
Bayern Munich bakal mengharungi baki perlawanan di tempat sendiri tahun ini secara tertutup berikutan peningkatan kes COVID-19 di Bavaria.
COVID-19: Bundesliga perketat SOP stadium kawal gelombang keempat
Stadium yang membabitkan perlawanan Bundesliga dihadkan kepada 15,000 penonton mulai hujung minggu ini dalam usaha Kerajaan Jerman menangani peningkatan kes COVID-19 kebelakangan ini.
Luton boss Edwards urges Hatters to keep the faith in Premier League relegation scrap
Luton Town were frustrated by Everton on Friday, and the Hatters' hopes of Premier League survival took another dent.
Spurs 'need change', says Postecoglou
Postecoglou: 'We need change'
Terzic will rotate with Champions League qualification secured
Terzic happy to rotate BVB options
NBA: Mavs eliminate Clippers, Magic overcome Mitchell's 50 to force Game 7
The Mavericks beat the Clippers to advance to the Western semifinals and the Magic topped the Cavaliers to keep their season alive
Nashville SC v CF Montreal: Smith knows strugglers must make home comforts count
Preview: Nashville v Montreal
Houston Dynamo v St. Louis City: Carnell eager to get going after extended break
St. Louis City travel to Texas to face the Houston Dynamo on Saturday.
Chicago Fire v New England Revolution: Acosta says composure key for misfiring hosts
Preview: Chicago Fire v New England
Vancouver Whitecaps v Austin FC: Sartini hails 'special' White ahead of enticing BC Place meeting
Sartini hails White ahead of Austin
Real Salt Lake v Sporting Kansas City: Mastroeni lauds team effort of Western Conference leaders
Mastroeni lauds Salt Lake
Hoffenheim 1-1 RB Leipzig: Kramaric denies visitors after Simons red card
Report: Hoffenheim 1-1 RB Leipzig