Ronaldo diuji positif COVID-19 sekali gus terlepas sambutan ulang tahun kelab Brazil yang dibelinya baru-baru ini, Cruzeiro.
Pemenang dua Ballon d'Or itu, yang merupakan penjaring gol terbanyak ketika Brazil menjulang Piala Dunia 2002, bagaimanapun hanya mengalami gejala ringan.
Ronaldo sepatutnya menghadiri acara sambutan ulang tahun ke-101 penubuhan Cruzeiro tetapi bekas penyerang Barcelona, Real Madrid dan Inter berusia 45 tahun itu sebaliknya perlu menjalani kuarantin.
Kes positifnya diumumkan oleh kelab Brazil itu yang telah diambil alih oleh Ronaldo pada bulan ini menerusi sokongan sebuah bank pelaburan.
"Cruzeiro melaporkan bahawa Ronaldo Nazario diuji positif COVID-19," kata kelab Campeonato Serie B itu.
“Ini menyebabkan dia tidak dapat hadir ke majlis Belo Horizonte hari ini termasuk perlawanan sempena memperingati ulang tahun kelab.
"Ronaldo dalam keadaan sihat dengan mengalami gejala ringan dan atas nasihat perubatan, dia kini sedang rehat dan menjalani kuarantin."
Ronaldo merupakan pemilik majoriti saham kelab Sepanyol, Real Valladolid, sejak 2018 serta merangkap presiden kelab divisyen Segunda itu dan dia sepatutnya bertemu dengan wakil penyokong Cruzeiro sebelum jatuh sakit.
Dia memulakan kariernya di Cruzeiro sebelum menuju ke Eropah untuk menyertai gergasi Belanda, PSV, selepas Piala Dunia 1994.
Shaiful Shamsudin
Mon Jan 03 2022
COVID-19: Ronaldo tangguh penampilan di Cruzeiro
Ronaldo telah diuji positif COVID-19 sekali gus terlepas sambutan ulang tahun kelab Brazil yang dibelinya baru-baru ini, Cruzeiro.
Scolari angkat kaki selepas selamatkan Cruzeiro
Ketua jurulatih veteran, Luiz Felipe Scolari, meninggalkan Cruzeiro selepas membawa pasukan itu kekal dalam Serie B Brazil.
Seattle Sounders v Vancouver Whitecaps: Sartini targets immediate response
Preview: Seattle v Vancouver
NBA: Siakam leads Pacers past Knicks to force Game 7 in East semifinals
Pacers force Game 7 in East semis
San Jose Earthquakes v Orlando City: Gonzalez certain things will turn
The struggling San Jose Earthquakes host Orlando City in MLS this weekend.
Toronto FC v CF Montreal: Courtois accepts blame amid ongoing winless streak
Courtois wants end to winless run
Jarry defeats Paul to set up Zverev showdown in Italian Open final
Jarry sets up Zverev final in Rome
Fiorentina 2-2 Napoli: Kvaratskhelia keeps visitors' slim European hopes alive
Report: Fiorentina 2-2 Napoli
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg): Saints set up play-off final with Leeds United
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg)
Al-Nassr 1-1 Al-Hilal: Mitrovic scores last-gasp penalty
Report: Al-Nassr 1-1 Al-Hilal
Marc Skinner signs Manchester United Women contract extension
Marc Skinner to stay on at Man Utd
IPL: Mumbai Indians condemned to last-place finish after 18-run defeat to Super Giants
Indians consigned to last place