Shaiful Shamsudin
Mon Jun 24 2024
Endrick yakin dia mampu membantu Brazil merangkul kejuaraan Copa America ke-10 ketika dia membuat persiapan untuk kejohanan antarabangsa pertamanya bersama Selecao.
Brazil memulakan kempen di Stadium SoFi, Inglewood, menentang Costa Rica awal pagi esok.
Barisan bimbingan Dorival Junior itu juga akan bertemu Paraguay dan Colombia dalam Kumpulan E serta berharap untuk dapat memberi aksi lebih baik selepas tewas kepada Argentina dalam final 2021.
Pemain berusia 17 tahun itu, yang secara rasmi menyertai Real Madrid bulan depan, telah menyumbangkan tiga gol dalam empat perlawanan terakhirnya buat Brazil tetapi sedar dia perlu bersabar menantikan peluangnya dalam Copa America.
“Hanya Tuhan yang tahu bila saya akan bermula dalam kesebelasan,” katanya.
"Saya sangat bersyukur mempunyai Abel Ferreira sebagai jurulatih, dia tahu bila untuk menggunakan saya.
"Semuanya terserah kepada tuhan dan Dorival Junior, seorang profesor. Dia seorang jurulatih yang hebat. Dia sedang berusaha yang terbaik untuk Brazil.
“Saya sentiasa anggap ini terlalu awal dalam hidup saya dan sejak saya menjadi profesional, saya pernah menghadapi lawan yang gemar mengusik saya, menghina saya, bercakap tentang keluarga saya, teman wanita saya.
"Tetapi saya cepat menyesuaikan diri walaupun saya baru berusia 16 tahun. Saya tenang dan saya harap saya boleh membantu. Dalam bola sepak, saya bersetuju bahawa anda perlu menggugat kestabilan pemain lain.
"Ia sudah menjadi tradisi sejak saya tiba, jadi saya dapat menyesuaikan diri dan saya amat yakin bahawa saya mampu membantu pasukan."
Saya hampir putus asa -- Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Neymar mengakui terlintas mempertimbangkan untuk bersara selepas mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) ketika mewakili Brazil tahun lalu.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Keputusan tidak konsisten, jurulatih Brazil perlu masa
Brazil bakal menerima kunjungan Uruguay dalam saingan paling sengit bola sepak Amerika Selatan dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL), dengan kedua-dua pasukan berdepan masalah prestasi sejak kebelakangan ini.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Neymar tidak tersenarai dalam skuad Brazil
Neymar sudah kembali beraksi selepas direhatkan hampir setahun ekoran kecederan ligamen lutut (ACL), namun ia tidak akan beraksi dalam dua perlawanan terakhir tahun ini bersama skuad kebangsaan.
Cafu, Dida sepakat Vinicius Junior layak menang Ballon D'Or
Legenda Brazil, Cafu dan Dida berpendapat pemain Real Madrid, Vinicius Junior, layak untuk memenangi anugerah Ballon D'Or bagi musim ini.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Colombia tundukkan Argentina, Brazil tewas tipis
Colombia berjaya membalas dendam atas kekalahan lalu berdepan Argentina dalam final Copa America 2024 dengan kemenangan untuk membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026.
Paris 2024: Pasangan renang Brazil cetus kontroversi, dibuang daripada senarai bertanding
Skuad renang Brazil berdepan isu tatatertib selepas Ana Carolina Vieira dan Gabriel Santos disingkirkan daripada senarai bertanding acara renang Sukan Olimpik Paris.
Paris 2024: Brazil perlu bangkit, kata Marta selepas tewas mengejut kepada Jepun
Marta menggesa Brazil untuk segera bangkit selepas tewas kepada Jepun dalam waktu kecederaan saingan bola sepak wanita Sukan Olimpik Paris 2024 hujung minggu lalu.
Copa America: Skuad Brazil terburuk sepanjang zaman
Media Brazil tidak menunggu masa yang lama untuk melontarkan kritikan pedas terhadap skuad Samba kendalian Dorival Junior selepas mereka tersingkir daripada kejohanan Copa America 2024.
Copa America: Uruguay matikan samba, hantar Brazil ke penyingkiran
Uruguay melangkah ke separuh akhir Copa America selepas menumpaskan Brazil dalam penentuan sepakan penalti yang berlangsung di Stadium Allegiant, sebentar tadi.
Copa America: Brazil perlu belajar bermain tanpa Vinicius bertemu Uruguay, kata Junior
Ketua jurulatih Brazil, Dorival Junior, mengakui pasukannya perlu belajar untuk bermain tanpa Vinicius Junior selepas terikat 1-1 dengan Colombia dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan D, Copa America di California semalam.
Leverkusen snap up exciting Argentina talent Sarco from Velez
Sarco joins Bayern Leverkusen
Frank cautious of Southampton threat ahead of Brentford trip
Frank cautious of Southampton
Hard work pays off as Osaka reaches first semi-final since 2022
Osaka reaches last four in Auckland
NBA: Thunder win franchise-record 13th straight game
Thunder win 13th straight game
Lopetegui warns West Ham of Man City's threat despite recent struggles
Lopetegui: Be wary of Man City
Inter do Inzaghi proud in Supercoppa Italiana
Inter going beyond expectations
Atalanta boss Gasperini defends Supercoppa Italiana team selection
Gasperini defends team choice
Poor December finish proves Chelsea not in title contention, says Colwill
Colwill: Chelsea not in title race
Silva concedes Man City 'completely out of title race'
Silva: Man City out of title race
Inter 2-0 Atalanta: Dumfries double sends Inzaghi's side into Italian Super Cup final
Report: Inter 2-0 Atalanta