Peru menjadi pasukan pertama mara ke separuh akhir Copa America selepas mengatasi Paraguay menerusi penentuan penalti dalam aksi penuh dramatik menyaksikan kedua-dua pasukan menerima kad merah.

Skuad kendalian Ricardo Gareca bangkit daripada ketinggalan dua jaringan hasil jaringan Gianluca Lapadula dalam separuh masa pertama di Estadio Olimpico Pedro Ludovico, di mana Gustavo Gomez membenarkan Paraguay mendahului awal pagi tadi.

Paraguay kehilangan khidmat kapten, Gomez, yang menerima layangan kad merah sebelum tamat separuh masa pertama namun Junior Alonso menyamakan kedudukan.

Yoshimar Yotun kelihatan sudah memastikan kemenangan buat Peru 10 minit sebelum tamat 90 minit, tetapi giliran Andre Carrillo diarah keluar padang dan pemain gantian Gabriel Avalos menyamakan kedudukan di saat akhir permainan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.


Empat pemain gagal menyempurnakan penalti, tetapi drama perlawanan itu berakhir apabila Miguel Trauco meledak masuk jaringan bagi menempah tempat ke separuh akhir bertemu Brazil.