Callum Hudson-Odoi gembira apabila pinjamannya ke Bayer Leverkusen membina semula keyakinannya selepas diberikan peranan baru sebagai nombor 10.

Pemain dari England itu bergelut ketika Chelsea di bawah era Thomas Tuchel yang menyaksikannya adakalanya diletakkan sebagai pertahanan sayap.

Begitupun, pemain berumur 21 tahun itu telah terbabit dalam tiga perlawanan dengan mencipta satu umpanan gol sejak ke Bundesliga demi mencari minit permainan.

"Saya sedang membina rentak kecergasan yang sukar didapati dalam beberapa tahun kebelakangan ini," katanya kepada Sky Sports.



"Saya menikmati setiap detik di sini. Saya bukan sahaja ingin menjaringkan gol dan mencipta peluang gol, malah mahu menjadi watak utama untuk membantu pasukan.

"Saya sedang menikmati permainan jadi ini satu tindakan yang tepat untuk ke mari."