Leonardo Bonucci berpendapat sudah tiba masanya untuk mengurangkan fokus terhadap penyerang Itali, Mario Balotelli, selepas skuad Azzurri itu tewas 3-1 dalam aksi persahabatan, awal pagi tadi.
Jaringan daripada Samuel Umtiti, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele membolehkan Les Bleus mencatat kemenangan di Nice sambil Bonucci muncul penjaring gol sagu hati buat pelawat.
Balotelli menampilkan aksi cemerlang apabila turun buat kali pertama bersama skuad Itali ketika perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi sebelum ini dan dia turut menjaringkan satu gol tetapi hanya melakukan dua percubaan ketika aksi di Allianz Riviera.
Bonucci, yang mengetuai Itali pada awal pagi tadi walaupun sebelum ini pengendali, Roberto Mancini, berpendapat Balotelli lebih berhak memakai lilitan ketua pasukan, dilihat sudah mula kecewa apabila media lebih banyak memberikan perhatian kepada bekas penyerang AC Milan dan Manchester City itu.
"Cukup-cukuplah dengan soalan tentang Balotelli," kata Bonucci.
"Dia seorang pemain yang melakukan kesilapan seperti pemain lain. Dia juga menjaringkan gol seperti individu lain.
"Balotelli bekerja keras, mendapatkan pengalaman dan datang ke sini dengan disiplin tetapi cukuplah untuk bercakap tentangnya. Kami adalah satu pasukan dan tidak boleh memberikan tekanan yang melampau kepadanya atau memperkecilkan sumbangan pemain lain," tegasnya.
Aksi persahabatan di Nice itu juga menyaksikan penampilan beberapa muka baru seperti Mattia Caldara, Rolando Mandragora dan Domenico Berardi, sekali gus membuatkan Bonucci gembira melihat pemain-pemain muda menimba ilmu sewaktu menentang pasukan besar seperti Perancis.
"Situasi ini boleh menambah pengalaman. Tiada siapa yang sukakan kekalahan tetapi kami berpeluang untuk menjadikannya 2-2.
"Aksi bertemu Arab Saudi sangat berbeza kerana pemain-pemain menjalankan tugas dengan sempurna.
"Ketika ini, Perancis jauh meninggalkan kami dan Itali harus bekerja keras untuk merapatkan jurang perbezaan itu. Dalam masa sama, kami masih di landasan terbaik."
Penulis Jemputan
Sat Jun 02 2018
Mancini persoal dakwaan Balotelli tentang pilihan penyerang Itali
Roberto Mancini mempersoalkan dakwaan Mario Balotelli bahawa Itali tidak kekurangan penyerang dan mentenepikan 'kontroversi tidak bermakna' mengenai kemahiran bahasa Mateo Retegui menjelang pertembungan dengan Malta.
Itali kembali panggil Balotelli, Joao Pedro antara muka baru
Mario Balotelli kembali dipanggil bagi menyertai kem latihan selama tiga hari skuad kebangsaan Itali dan Joao Pedro pula antara muka baru yang disenaraikan ketua jurulatih, Roberto Mancini.
Balotelli: Saya ada bukti hadiri latihan
Mario Balotelli membidas laporan yang mengaitkannya gagal menghadiri latihan Ahad lalu sambil merujuk bahawa dia "kelibatnya boleh dibuktikan melalui kamera" dalam sesi itu.
Pintu sentiasa terbuka buat Balotelli -- Mancini
Pengendali Itali, Roberto Mancini, menegaskan pintu sentiasa terbuka untuk Mario Balotelli kembali menyertai skuad kebangsaan.
Mancini tidak mampu tolak Balotelli
Pengendali Itali, Roberto Mancini, mengakui dirinya "lemah" apabila bercakap soal Mario Balotelli sehingga memberikan peluang buat penyerang itu kembali menyarung jersi skuad kebangsaan.
Bonucci bosan fokus melampau terhadap Balotelli
Leonardo Bonucci berpendapat sudah tiba masanya untuk mengurangkan fokus terhadap penyerang Itali, Mario Balotelli, selepas skuad Azzurri tewas 3-1 dalam aksi persahabatan, awal pagi tadi.
Di Biagio: Kritikan Raiola tidak relevan
Pengendali sementara skuad kebangsaan Itali, Luigi Di Biagio, menyifatkan pendapat Mino Raiola selepas Mario Balotelli tidak disenaraikan dalam skuad Azzurri adalah sesuatu yang tidak relevan.
Nice tetap bahaya tanpa Balotelli
Pengendali Napoli, Maurizio Sarri, memberikan amaran kepada anak buahnya bahawa Nice bakal memberikan saingan sengit walaupun bakal beraksi tanpa penyerang, Mario Balotelli.
Balotelli diperlukan oleh Dortmund, Marseille -- Raiola
Ejen pemain, Mino Raiola mendedahkan penyerang Nice, Mario Balotelli kini dalam buruan kelab seperti Borussia Dortmund dan Marseille.
Uber Cup: Malaysia beaten 4-1 in opening match
Malaysia lost 4-1 to Chinese Taipei in their Uber Cup opening Group B match, a defeat which makes their road to the quarter-finals a challenging one.
NBA: Lakers avoid sweep to Nuggets; Celtics take 2-1 lead on Heat and Thunder go up 3-0
Lakers beat Nuggets to avoid sweep
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao: Hosts close in on top-four finish
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao
Hull City 3-3 Ipswich Town: Tigers fight back three times to deny Tractor Boys
Report: Hull City 3-3 Ipswich Town
Chelsea and Hayes fall short again in the Champions League
Chelsea and Hayes fall short again
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre: Ramos rescues point but title confirmation must wait
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre
Al-Khaleej 0-1 Al-Nassr: Ronaldo misfires on return as Laporte nets winner
Report: Al-Khaleej 0-1 Al-Nassr
IPL: Royals extend lead at the top after Samson and Jurel see off LSG
Samson and Jurel secure win
Chelsea Women 0-2 Barcelona Femeni (1-2 agg): Holders reach Champions League final again
UWCL Report: Chelsea 0-2 Barcelona
Bayer Leverkusen 2-2 Stuttgart: Last-gasp equaliser preserves champions' unbeaten run
Bayer Leverkusen 2-2 Stuttgart