Dua individu penting daripada kelab terkemuka dunia, Barcelona, kini menyertai skuad Harimau Malaya menjelang kejohanan Pestabola Merdeka 2024 yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 September ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan ketibaan Edu Martinez dan Dr. Xavier Valle sebagai pasukan perubatan yang baru bagi skuad kendalian Pau Marti.



Edu Martinez akan berkhidmat sebagai fisioterapis memantau sesi terapi dan pemulihan kecederaan pemain kebangsaan selepas menabur bakti bersama Barcelona selama 12 tahun sejak 2013.

Kedatangan Dr. Xavier Valle pula akan menggalas tanggungjawab menjadi doktor pasukan begi meneliti setiap kes kecederaan yang dialami pemain.