SOCIEDAD 0 BARCELONA 1

Barcelona merampas kemenangan yang tidak dijangka selepas Ronald Araujo menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada minit ketiga masa kecederaan di Real Sociedad, awal pagi tadi.


Juara bertahan LaLiga itu harus harus terima kasih kepada kapten Marc-Andre ter Stegen selepas penjaga gol dari Jerman itu menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya untuk mengekalkan kedudukan terus seimbang ketika berdepan Sociedad yang cukup bertenaga.

Skuad kendalian Xavi itu bergelut untuk mencipta sebarang peluang menarik sebelum minit terakhir perlawanan untuk merampas tiga mata apabila tandukan kencang Araujo berjaya melepasi celah kaki penjaga gol, Alex Remiro, yang pada mulanya disangka ofsaid yang ternyata menjadi percubaan terakhir permainan

“Saya rasa Real Sociedad berhak mendapatkan keputusan lain.



“Mereka adalah pasukan yang hebat dan Imanol Alguacil merupakan seorang pengurus yang hebat.

“(Takefusa) Kubo ialah pemain bola sepak bertaraf dunia.

"Bukan hanya dengan bola malah pergerakannya ketika tanpa bola."