Jeremi Boga meninggalkan Sassuolo untuk menyertai Atalanta dalam satu kesepakatan yang dilaporkan bernilai €18 juta (RM85.25 juta).

Bekas pemain sayap Chelsea itu akan dipinjamkan ke Atalanta bagi baki saingan musim ini sebelum menyertai sepenuhnya pasukan itu pada penghujung musim.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu menjaringkan 18 gol dan menghasilkan tujuh bantuan jaringan dalam 98 perlawanan Serie A sejak menyertai Sassuolo daripada Chelsea pada 2018.

"Saya amat gembira, begitu juga keluarga saya kerana kami memang sudah lama hendak ke sini. Kini kami gembira apabila kesepakatan ini diselesaikan," kat Boga kepada media rasmi kelab itu.

"Saya fikir Atalanta adalah pasukan yang hebat, mereka amat kuat dan terbukti sebagai pasukan penting dalam Serie A sepanjang lima atau enam tahun ini.

"Saya fikir ia amat sempurna dengan gaya permainan saya dana saya percaya ia merupakan pasukan yang tepat untuk membantu saya melangkah ke depan dan mencuba untuk memenangi sesuatu yang istimewa," katanya.