Shaiful Shamsudin
Fri Jul 07 2023
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengucapkan selamat tinggal kepada 'pemain serta individu yang hebat' ketika Granit Xhaka meninggalkan kelab itu untuk berkelana ke Bayer Leverkusen.
Pemain berusia 30 tahun itu berpindah ke kelab Bundesliga berkenaan selepas tujuh tahun berkhidmat di utara London yang menyaksikan dia mengecapi dua kejayaan Piala FA tetapi turut dilucutkan jawatan kapten kelab.
Xhaka telah menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan Leverkusen dan agensi berita PA difahamkan perjanjian itu bernilai €25 juta (RM127j).
Sepanjang menyarung jersi Arsenal, pemain antarabangsa Switzerland itu pernah dilucutkan lilitan kapten oleh Unai Emery selepas memaki hamun kerana penyokong bersorak ke arahnya ketika dikeluarkan dalam perlawanan menentang Crystal Palace.
Dia mahu meninggalkan kelab sebelum pelantikan Arteta tetapi diyakinkan agar kekal yang menyaksikannya terlepas satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu selain meledak tujuh gol dari bahagian tengah termasuk dua pada hari terakhir kempen lalu.
Bercakap mengenai Xhaka, Arteta teruja dengan pemain tengah itu apabila berkata: “Kami mengucapkan selamat tinggal kepada pemain dan orang hebat yang disayangi oleh kami semua.
“Ia adalah satu perjalanan yang luar biasa bersamanya dan dia telah memberikan segala-galanya untuk kelab ini.
"Pengaruh Granit terhadap rakan sepasukannya; baik di atas padang dan rakan sekerja di kelab akan memberitahu anda betapa popularnya dia.
“Kami tidak dapat membalas budi Granit atas khidmat dan sumbangannya buat kelab ini. Kami mendoakan yang terbaik kepada Granit dan keluarganya dalam langkah kehidupan mereka yang seterusnya.”
EPL: Mikel Arteta kecewa Arsenal gagal kutip tiga mata di Stamford Bridge
Mikel Arteta menjelaskan Arsenal tidak beraksi dengan standard yang sepatutnya terutamanya ketika bertahan sekali gus menyumbang kepada gol penyamaan Chelsea ketika kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
UCL: Rekod sempurna Calhanoglu pastikan Inter Milan hukum Arsenal
Hakan Calhanoglu mengekalkan rekod sempurnanya mengambil sepakan penalti ketika Inter Milan menewaskan Arsenal 1-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadio Giuseppe Meazza awal pagi tadi.
EPL: Kekuatan mental resepi kejayaan Newcastle benam Arsenal, Chelsea -- Howe
Pengendali Newcastle United, Eddie Howe, gembira dengan persembahan The Magpies apabila mereka melakar dua kemenangan berturut-turut berikutan kemenangan mereka ke atas dua gergasi Liga Perdana Inggeris dalam tempoh yang singkat.
EPL: Arteta gagal selindung kekecewaan di sebalik kekalahan
Mikel Arteta dikecewakan oleh persembahan Arsenal dalam kekalahan 1-0 kepada Newcastle United semalam.
WSL: Manchester United tekad bukti status pencabar liga menjelang bertemu Arsenal
Liga Super Wanita (WSL) kembali selepas rehat antarabangsa dengan pertembungan sengit menanti di antara Manchester United dan Arsenal.
Undian Piala EFL: Spurs layan kunjungan Manchester United, Liverpool bertandang ke Southampton
Tottenham akan melayani kunjungan Manchester United dalam perebutan tempat ke separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) pada 17 Disember depan.
EPL: Arne Slot akui Arsenal 'lebih baik' daripada Liverpool
Arne Slot gembira dengan kebangkitan yang ditampilkan Liverpool selepas ketinggalan dengan dua jaringan untuk berkongsi satu mata dengan dia turut tidak menafikan Arsenal merupakan sebuah pasukan yang lebih baik.
UCL: Kecederaan Calafiori buat Arteta gusar menjelang lawan Liverpool
Mikel Arteta berdepan satu lagi masalah kecederaan menjelang pertemuan blokbuster dengan Liverpool pada Isnin ini apabila Riccardo Calafiori mengalami kecederaan ketika berdepan Shakhtar Donetsk dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
EPL: Kemalangan menunggu untuk berlaku -- Mikel Arteta ekoran kekalahan mengejut kepada Bournemouth
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, meluahkan kekecewaannya terhadap kekalahan 0-2 The Gunners kepada Bournemouth yang menyifatkan kesilapan pemain membawa padah dalam perlawanan minggu kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Situasi Saka, Martinelli buat Arteta dalam dilema
Arsenal yang berada di tangga ketiga carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bakal berdepan Bournemouth, yang tewas 0-1 kepada Leicester City, dua minggu lalu.
Ranieri turned down offers before Roma retirement U-turn
Ranieri turned down other offers
Van Nistelrooy wishes Man Utd success under Amorim
Van Nistelrooy wishes Man Utd well
Rozner takes halfway lead in Dubai, McIlroy and Hatton chasing
Rozner leads, McIlroy chasing
Indonesia 0-4 Japan: Visitors stay unbeaten with rout
Report: Indonesia 0-4 Japan
Kyrgios confirms return to competitive tennis in Brisbane
Kyrgios confirms return
McTominay has no regrets over Man Utd exit
McTominay doesn't regret Utd exit
McIlroy: I'd pay for the privilege of playing in Ryder Cup
McIlroy: I'd pay to play Ryder Cup
Doncic 'misunderstanding' paved way for Jazz win
Doncic misunderstanding led to loss
Watkins start for England in Greece was 'no slight on Kane' - Carsley
Watkins start 'no slight on' Kane
Kumamoto Masters: Jun Hao stuns Naraoka to reach semis
National shuttler Leong Jun Hao served the latest upset of the Kumamoto Masters after he beat Kodai Naraoka to reach the semis, while professional pair Tan Wee Kiong-Nur Azriyn Ayub also impressed on Friday.