Shaiful Shamsudin
Tue Jan 21 2025
Arne Slot menegaskan adalah terlalu awal untuk melabel Liverpool sebagai pasukan terbaik di dunia walaupun The Reds sedang mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL).
Liverpool mendahului enam mata di puncak liga utama Inggeris, dengan kelebihan satu perlawanan sementara diekori Arsenal, manakala mereka telah memenangi keenam-enam perlawanan dalam saingan kelab terulung Eropah musim ini.
Pengurus Brentford, Thomas Frank, pantas menyifatkan The Reds sebagai pasukan terbaik di dunia berikutan kemenangan 2-0 mereka di Stadium Komuniti Gtech, hujung minggu lalu.
Walaupun tersanjung dengan kenyataan itu, Slot percaya ia satu kenyataan yang pramatang dan barisannya masih perlu mengharungi perjalanan yang panjang.
"Saya rasa masih terlalu awal untuk menyatakan perkara ini. Kami belum berdepan dengan banyak pasukan," kata pengurus Liverpool itu.
“Tetapi adalah sesuatu yang menyenangkan untuk menerima pujian daripada pengurus yang telah membuktikan dirinya dalam EPL.
"Apabila kami turun ke padang, kami mahu memenangi perlawanan. Anda mungkin akan menganggap seperti pasukan nombor satu (berdasarkan carta UCL, ia adalah kedudukan terbaik untuk diakhiri tetapi ia adalah jadual liga yang pelik.
"Walaupun ketika anda berdepan pasukan bawahan saban minggu, mereka juga tetap pasukan yang paling sukar untuk dihadapi.
"Anda tidak boleh menilai jadual dan mengatakan siapa yang terbaik sekarang, kami belum berdepan pasukan yang sama (handal)."
Maresca enggan perbesarkan kesilapan penjaga gol Chelsea
Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, mempertahankan Robert Sanchez selepas kesilapannya dalam kemenangan 3-1 The Blues ke atas Wolves, awal pagi tadi, sambil menegaskan penjaga gol itu pernah beberapa menyelamatkan maruah The Blues.
Arne Slot tolak Liverpool dilabel pasukan terbaik di dunia
Arne Slot menegaskan adalah terlalu awal untuk melabel Liverpool sebagai pasukan terbaik di dunia walaupun The Reds sedang mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL).
Moyes lulus ujian pertama kembali ke Everton
David Moyes gembira dengan permulaan garang Everton dengan menewaskan Tottenham 3-2 bagi meraikan kemenangan pertamanya sebagai pengurus kelab itu buat kali kedua.
Amorim: Kami mungkin pasukan paling teruk dalam sejarah Man Utd
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, berkata barisannya boleh dikatakan yang paling teruk dalam sejarah kelab itu selepas mereka dibelasah 3-1 oleh Brighton dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), tengah malam tadi.
Dua penjaga gol negara terima penilaian berbeza Joe Hart
Dua penjaga gol kebangsaan mendapat pengiktirafan terpuji daripada bekas pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL), Joe Hart, yang menyaksikan beberapa sorotan perlawanan Liga Super Malaysia.
EPL: Arne Slot bangga Darwin Nunez selamatkan maruah Liverpool
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, memuji ketangkasan pemain Uruguay, Darwin Nunez, yang menjadi wira menjaringkan gol pada minit akhir buat pasukannya meraih kemenangan dramatik 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
EPL: Mikel Arteta semakin tertekan melihat Liverpool, bangga tetapi juga kecewa dengan pemain
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, meluahkan perasaan bercampur baurnya tatkala berbangga dengan anak buah tetapi juga kecewa tidak memanfaatkan kelebihan dua gol yang berkesudahan seri 2-2 menentang Aston Villa di Stadium Emirates, semalam.
Gary Neville kena smackdown dipaksa akui kehebatan Liverpool
Bekas pemain Manchester United, Gary Neville, telah terperangkap dalam satu gerakan 'smackdown' dan dipaksa mengakui kegemilangan Liverpool.
Chelsea hampir pasti hilang sentuhan Cole Palmer
Kelibat Cole Palmer dalam keraguan untuk bertemu Wolves pada Selasa depan, dedah pengurus Chelsea, Enzo Maresca.
Amorim akui Man Utd bergelut formasi 3-4-3
Ruben Amorim mengakui pemain Manchester United bergelut untuk menyesuaikan diri dengan formasi 3-4-3 yang cuba diterapkannya ketika The Red Devils bersiap sedia untuk menerima kunjungan Brighton esok.
Australian Open: Badosa stuns Gauff to reach maiden major semi-final
Badosa shocks Gauff to reach semis
West Ham's Cornet completes Genoa loan switch
Cornet joins Genoa on loan
'How many times did he save us?' - Maresca defends Sanchez after Wolves error
Maresca defends Sanchez after error
Sahin aiming to rectify Bundesliga woes with Champions League win
Sahin looking for response
Chelsea 3-1 Wolves: Maresca's side return to top four after ending winless streak
Report: Chelsea 3-1 Wolves
Leverkusen's Champions League clash at Atletico a must-win, says Alonso
Alonso: We must beat Atletico
Motta hails Juve youngsters ahead of Brugge clash
Motta hails Juventus youngsters
Barcelona boss Flick plays down Champions League title talk
Flick focused only on Benfica
Carragher: Amorim's Man United comments 'bizarre and ridiculous'
Carragher: Amorim comments bizarre
'Far too early' to say Liverpool are best in the world, says Slot
Slot responds to Frank compliment