Australia menentang England di Wembley namun bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Ange Postecoglou, tidak membayangkan bola sepak benar-benar mempamerkan perkembangan.

Postecoglou menikmati permulaan cemerlang di Tottenham dan mereka adalah kini pendahulu bersama Liga Perdana Inggeris selepas lapan perlawanan memasuki rehat antarabangsa.

Semangat optimism menjadi nadi utama di Spurs namun pengurus berusia 58 tahun itu tetap tidak dapat melihat perkembangan bola sepak di Australia, walaupun negaranya menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia Wanita yang berjaya pada musim panas ini di mana The Matildas menduduki tempat keempat.

Postecoglou menghabiskan empat tahun bertanggungjawab ke atas Socceroos dan -- walaupun telah mencapai banyak kejayaan -- dia mengajukan kritikan terdapat Football Australia menjelang pertembungan persahabatan di London.

Ditanya mengenai kemenangan Piala Asianya di tanah sendiri pada 2015, Postecoglou menjawab, “Ia tidak memberi impak dan itu adalah kekecewaan saya.

“Saya tidak fikir apa-apa yang mereka boleh capai... apabila anda melihat apa yang dilakukan oleh Matildas di Piala Dunia, sukar dipercayai tetapi anda masih tidak akan melihat kemasukan kualiti ke dalam permainan. Ia tidak berlaku.

“Ketika sukan ragbi menjadi keutamaan, sangat sukar untuk bola sepak memberi impak walaupun ia merupakan sukan yang bersifat global.

“Jika saya boleh membandingkannya dengan negara seperti Jepun, yang juga meletakkan sukan besbol sebagai keutamaan, mereka menanam banyak semangat dalam bola sepak dan anda boleh lihat ia memberi impak. Saya tidak nampak Australia berada di jalan itu.”