Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, menjaringkan gol kemenangan Korea Selatan untuk menyingkirkan Australia dalam aksi suku akhir Piala Asia Qatar di Stadium Al Janoub awal pagi tadi.

Selepas bangkit meningkat kedudukan 1-1 untuk mengheret aksi ke masa tambahan, Son melepaskan sepakan percuma dari sudut sukar di sebelah kiri yang tepat menuju ke arah 'near post gawang Australia.

Sepakan percuma gemilang itu mengingatkan peminat bola sepak dunia kepada sepakan percuma yang pernah dilakukan bekas penyerang Barcelona, Neymar, ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2017.

Di antara dua jaringan sepakan percuma ini, anda pilih yang mana?

Sepakan percuma Son:



Sepakan percuma Neymar:



Undi di sini: