Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, menegaskan Kylian Mbappe sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol untuk Real Madrid menjelang perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) yang akan datang menentang Borussia Dortmund, awal pagi esok.

Sejak tiba dari Paris Saint-Germain, Mbappe telah menjaringkan lapan gol dalam 12 penampilan, iaitu enam daripadanya dalam LaLiga musim ini.

Penyerang berusia 25 tahun itu menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 Los Blancos ke atas Celta Vigo hujung minggu lalu sebelum digantikan oleh Dani Ceballos untuk lapan minit terakhir perlawanan.

Ancelotti turut memuji Jude Bellingham atas permulaan musimnya yang baik setelah menjaringkan 23 gol dan memberikan 13 bantuan jaringan dalam musim sulung bersama Los Blancos.

"Kami berpuas hati dengan kerja Bellingham. Dia bekerja keras di padang, bersaing, bertarung, dan berkorban.

"Saya mahu Mbappe menjaringkan gol, saya lebih suka dia menjaringkan gol daripada bertahan," katanya.