Jaringan penalti oleh Jonathan David di babak pertama membolehkan kelab dari Perancis, Lille melakar kejutan dengan menewaskan juara bertahan eropah Real Madrid 1-0 dalam kancah Liga Juara-Juara (UCL).

Ketika beraksi di Stade Pierre-Mauroy, Lille turun dengan memperkan aksi yang begitu memukau di hadapan lebih 50,000 penonton yang hadir hingga Los Blancos kebuntuan untuk menjaringkan sebarang gol.

Kemenangan ini cukup memberikan makna yang besar buat Lille bagi meneruskan kemaraan dalam UCL musim ini.






Bagi pengedali Lille, Bruno Genesio menyifatkan permainan yang telah dipertontonkan oleh kesemua pemain beliau dalam aksi tersebut disifatkan sebagai amat menakjubkan awalaupun ia kelihatan
seperti lebih banyak bertahan di minit-minit akhir perlawanan.

Namun bagi beliau ia sudah mencukupi untuk dijadikan sebagai pembakar semangat kepada Lille untuk mengekalkan momentum kemenangan tersebut dalam mengharungi perlawanan seterusnya selepas ini.

Aksi awal pagi tadi juga turut menyaksikan penyerang sensasi mereka Kylian Mbappe sekadar hadir selaku pemain gantian selepas terpaksa berehat akibat kecederaan paha.

Namun beliau kelihatan masih lagi belum mampu mempamerkan corak permainan yang sempurna seperti sebelum ini dan lebih berhati-hati.