Biarpun baru berusia sembilan tahun, namun Shane Kluivert sudah ditakdirkan untuk memiliki masa depan yang cerah.

Shane -- anak kepada bekas penyerang Barcelona dan Belanda, Patrik Kluivert -- telah menandatangani kontrak bersama pengeluar sukan gergasi, Nike.

Patrick menikmati karier yang gemilang selepas meraih kejuaraan Eredivisie, Liga Juara-Juara, Piala Super dan LaLiga selepas berkhidmat bersama Ajax, Barcelona dan AC Milan.

Shane -- yang dikhabarkan berada dalam pemerhatian Paris Saint Germain (PSG) -- turut mengikut jejak ayahnya dalam menandatangani kontrak bersama Nike.

Shane memuat naik gambar dalam akaun Instagramnya dengan kapsyen:"Sangat bangga, baru tandatangani kontrak pertama saya bersama @Nike."



Patrick turut meluahkan rasa bangga terhadap anaknya menerusi laman sosial.

Sementara itu, seorang lagi anaknya, Justin, turut sedang melakar nama selepas membantu Ajax mara ke final Liga Europa musim lalu.