Pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik, telah mula mempamerkan perkembangan apabila kembali menjalani sesi latihan selepas mengalami kecederaan retak jari kaki.

Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa menarik diri daripada menyertai Terbuka China 2024 di Changzhou yang bermula hari ini.

Wooi Yik berkata keputusan melupakan kejohanan bertaraf Super 1000 di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik itu dibuat kerana dirinya masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan retak tulang jari kaki semasa perlawanan separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 bulan lepas.

Dan berdasarkan perkembangan terkini, menerusi video yang dimuat naik Ahmed Shahraza Sani atau lebih mesra 'disapa' Bangmed, yang menunjukkan Wooi Yik telah mula menjalani latihan.


Gandingan nombor satu negara itu dijangka terlepas baki saingan tahun ini dan bakal menggunakan peluang ini untuk membuat persiapan bagi musim akan datang.