Saufi Tahir
Thu Dec 12 2024
Barcelona mendaki ke tangga kedua dalam carta Liga Juara-Juara (UCL) selepas jaringan lewat Ferran Torres memastikan skuad Blaugrana membenam Borussia Dortmund 3-2 di Signal Iduna, awal pagi tadi.
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali untuk memacu skuad kendalian Hansi Flick itu dalam kedudukan selesa untuk layak secara automatik ke pusingan kalah mati UCL.
Blaugrana membuka jaringan pertama menerusia Raphinha pada minit ke-52 selepas menerima hantaran daripada Dani Olmo untuk menewaskan Gregor Kobel.
Namun, Serhou Guirassy menyamakan kedudukan enam minit kemudian hasil daripada sepakan penalti apabila Pau Cubarsi melakukan kekasaran terhadap penyerang Dortmund sebelum Ferran Torres kembali menutup jaringan penyamaan itu untuk Barca mendahului 2-1.
Walaupun Serhou Guirassy mengikat Barca sekali lagi, tetapi Torres menjadi penyelamat untuk jaringan kemenangan dan menewaskan Kobel sekali lagi untuk tiga mata penuh menjadi milik Barcelona.
Untuk rekod, Barcelona telah menang dalam lima perlawanan UCL berturut-turut sejak Disember 2020. Manakala, Dortmund mengalami kekalahan UCL pertama mereka di laman sendiri sekali gus menamatkan rekod 13 perlawanan tanpa kalah mereka.
Dua gol Guirassy menjadikan dia kini telah terlibat dalam 10 gol dalam 10 penampilan pertamanya di UCL dengan Sebastin Haller merupakan satu-satunya pemain Afrika yang mencatatkan lebih banyak penglibatan gol dalam 10 aksi pertamanya.
Barcelona kini menduduki tangga kedua dalam carta UCL dengan 15 mata selepas enam perlawanan berbeza jurang tiga mata dengan pendahulu carta iaitu Liverpool.
Messi bakal kembali ke Barcelona?
Lionel Messi berkemungkinan membuat kepulangan penuh sensansi kembali ke pangkuan Barcelona tahun ini, dengan perancangan kontrak bersama Inter Miami berpotensi dicetus dengan mengaktifkan klausa perpindahannya.
Supercopa de Espana: Ansu Fati ambil peluang buat umrah
Walaupun sedar namanya tercicir untuk menghadapi perlawanan akhir Supercopa de Espana awal pagi esok, Ansu Fati mengambil peluang itu untuk mengerjakan umrah.
LaLiga: Situasi Dani Olmo merisaukan, Barcelona bakal terlepas khidmatnya?
Ejen Dani Olmo, Andy Bara, mengesahkan pemain kebangsaan Sepanyol itu akan kekal di Barcelona walaupun rayuan kedua untuk pendaftarannya ditolak.
Rayuan Barcelona ditolak mahkamah
Dany Olmo mungkin tidak dapat mewakili Barcelona bermula 1 Januari ini selepas rayuan kelab itu untuk pendaftaran sementara pemain antarabangsa Sepanyol itu bagi baki musim ini ditolak.
Ferran Torres alami kecederaan betis
Penyerang Barcelona, Ferran Torres, diketepikan buat sementara waktu selepas mengalami kecederaan betis dalam kekalahan 2-1 Barcelona kepada Atletico Madrid.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Barcelona mendaki ke tangga kedua dalam carta Liga Juara-Juara (UCL) selepas jaringan lewat Ferran Torres memastikan skuad Blaugrana membenam Borussia Dortmund 3-2 di Signal Iduna, awal pagi tadi.
Polis Sepanyol tingkat angka dakwaan kes rasuah pengadil cecah RM39 juta
Polis Sepanyol telah meningkatkan nilai wang yang diterima oleh bekas Naib Presiden Jawatankuasa Pengadil (CTA), Jose Maria Enriquez Negreira, oleh Barcelona antara 2001 dan 2018 kepada EURO8.4 juta, berikutan siasatan yang dijalankan.
Barcelona perlu belajar menang tanpa Lamine Yamal
Hansi Flick menggesa Barcelona mencari jalan untuk menang tanpa kehadiran Lamine Yamal, kerana dia terlepas perlawanan kedua berturut-turut kerana kecederaan buku lali.
Deco harap Pedri perbaharui kontrak bersama Barcelona
Pengarah sukan Barcelona, Deco, berharap Pedri akan menandatangani kontrak jangka masa panjang baharu bersama kelab dalam masa terdekat, ketika kontrak pemain tengah itu bakal berakhir pada 2026.
LaLiga: Barcelona terpaksa akur tewas kali kedua
Pendahulu LaLiga, Barcelona, terpaksa menelan hakikat kekalahan buat kali kedua dalam kempen liga kali ini dalam aksi penuh kontroversi ketika berdepan dengan Real Sociedad, di Stadium Anoeta, awal pagi tadi.
Rice and Arteta hail 'unbelievable' Lewis-Skelly after derby day debut
Rice and Arteta praise Lewis-Skelly
'Average' Warriors must improve without being reckless, fumes Curry
Curry wants Warriors to improve
Australian Open: Title favourite Sinner overcomes first-set wobble
Sinner hits back at Rod Laver Arena
'We are not stupid' - Foden concedes Man City's title defence is over
Foden: The title race is over
Australian Open: Sonego ends Fonseca's dream run in five-set thriller
Sonego defeats Fonseca in Melbourne
Australian Open: Raducanu feared 'bad blood' with Murray after Wimbledon withdrawal
Raducanu feared for Murray
Simeone lauds Atletico's fringe players in Copa del Rey triumph
Simeon lauds Atletico fringe team
Ipswich announce arrival of Villa's Philogene on permanent deal
Philogene completes Ipswich move
Bayern hungry to right last season's wrongs, says Kompany
Kompany: Bayern are hungry to win
McKenna and Hurzeler laud 'special' Delap ahead of Portman Road clash
Preview: Ipswich v Brighton