"Shah Firdaus akan meneruskan legasi saya," kata jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, yang secara rasmi mengumumkan persaraannya sebaik tamat kempen Sukan Olimpik Paris 2024.
The Pocket Rocketman diletakkan sebagai sandaran emas dalam penampilan Sukan Olimpik terakhirnya.
Malangnya, dia dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin, sekali gus menamatkan cabarannya lebih awal.
Mengakui terkesan besar dengan peristiwa hitam itu, Azizulhasni, dalam keadaan penuh beremosi, yakin Shah Firdaus Sahrom, yang mara ke final acara keirin sebelum terlibat dengan kemalangan di selekoh terakhir di Velodrom Nasional Perancis hari ini, akan meneruskan legasinya.
"Saya tidak risau untuk berundur -- memang saya akan berundur -- kerana kita ada Shah Firdaus.
"Melihat perlumbaannya tadi pun memang saya amat kagum, saya gembira untuknya.
"Dia memang sepatutnya menang gangsa tetapi malangnya, dia dihimpit oleh pelumba Jepun.
"Kalau kita lihat kelajuannya, dia memang sepatutnya menang gangsa.
"Tetapi masuk ke selekoh terakhir, nampak pelumba Jepun itu sudah hilang kelajuan dan terdesak sehingga naik ke atas dan menghimpit Shah Firdaus sebelum kedua-dua mereka terjatuh.
"Saya memang menangis melihatnya, saya harap yang terbaik untuknya kerana sayu tahu potensi sebenarnya."
Mengulas lanjut Azizulhasni berkata: "Bagi saya, saya memang harap Shah akan teruskan legasi saya. Shah, adiknya (Ridwan Sahrom, pelumba negara) dan beberapa pelumba lain.
"Ia bukan lagi tentang saya. Saya harap peminat akan berhenti bercakap mengenai saya, ia bukan lagi tentang saya.
"Ia tentang kita menyokong dia (Shah Firdaus) dan generasi baru itu.
"Apa sahaja yang mereka perlukan bantuan saya, saya akan sentiasa berada di sana untuk mereka," katanya.
Muzaffar Musa
Sun Aug 11 2024
Azizulhasni kenang jasa MSN
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menghargai jasa Majlis Sukan Negara (MSN), yang menjadi tulang belakang sepanjang kariernya sejak 20 tahun lalu.
LA 2028: Azizulhasni pilih beraksi atau tidak?
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
LA 2028: ISN sedia beri bantuan jika Azizulhasni belum mahu bersara
Institut Sukan Negara (ISN) sedia memberikan bantuan yang diperlukan oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, seandainya Olimpian negara itu mengubah pendirian untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Josiah Ng mahu Azizulhasni Awang terus berjuang
Susulan keputusan untuk bersara yang bakal dibuat oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, selepas Sukan Olimpik Paris, bekas rakan seperjuangannya, Josiah Ng tampil dengan kenyataan dimana sekiranya Azizul bersara, ia sesuatu yang sangat menyedihkan buat legasi kariernya.
Selepas empat bulan, Azizulhasni akhirnya dapat peluk kesemua puterinya
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, hari ini berkongsikan sepotong video pertemuannya dengan keempat-empat puterinya.
Jika Azizulhasni belum mahu bersara, saya sentiasa di sisinya sebagai jurulatih -- John Beasley
Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley, bersedia untuk terus melatih Datuk Azizulhasni awal seandainya Olimpian lima kali negara itu memilih untuk tidak bersara.
Terima kasih Datuk Azizulhasni, The Pocket Rocketman
Buat Datuk Azizulhasni Awang,
Sudah sampai masa Azizulhasni jadi jurulatih
Sudah tiba masanya untuk jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, mencurahkan bakti sebagai jurulatih selepas mengumumkan persaraan usai Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.
Paris 2024: Shah Firdaus gesa henti serang pelumba Jepun
Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menggesa rakyat Malaysia untuk berhenti menyerang Shinji Nakano, menegaskan wakil Jepun itu tidak sengaja melakukan pelanggaran dalam aksi final keirin Sukan Olimpik Paris semalam.
Shah Firdaus akan teruskan legasi saya, jika mereka perlu saya sentiasa ada -- Azizulhasni umum bersara
"Shah Firdaus akan meneruskan legasi saya," kata jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, yang secara rasmi mengumumkan persaraannya sebaik tamat kempen Sukan Olimpik Paris 2024.
Consistency key for Australia ahead of Wales Test
Consistency key for Wallabies
Kumamoto Masters: Jun Hao produces epic comeback to reach final
Leong Jun Hao produced one of the comebacks of the year after he overcame a seven point deficit in the deciding game to beat Jonatan Christie 10-21, 21-18, 22-20 and reach the Kumamoto Masters men’s singles final.
NBA: Cavaliers run record to 14-0
NBA: Cavaliers run record to 14-0
ATP Finals: Alcaraz out as Ruud progresses with Rublev win
ATP Finals: Ruud sends Alcaraz out
Clarke hails solid Scotland as Croatia win boosts Nations League survival hopes
Clarke delighted by solid Scotland
Ireland made 'step up' in tense Argentina victory, says Doris
Doris hails Ireland for stepping up
Denmark 1-2 Spain: Oyarzabal and Perez on target as Roja secure top spot
Report: Denmark 1-2 Spain
Portugal 5-1 Poland: Ronaldo overhead kick caps five-star Selecao display
Report: Portugal 5-1 Poland
Swiatek and Raducanu help Poland, Great Britain advance at Billie Jean King Cup Finals
Swiatek, Raducanu win at BJK Cup
Juventus and Pogba agree to terminate contract
Pogba terminates Juventus contract