Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menghargai jasa Majlis Sukan Negara (MSN), yang menjadi tulang belakang sepanjang kariernya sejak 20 tahun lalu.
Pelumba berusia 36 tahun itu turut berkongsi hala tuju masa depannya bersama barisan kepimpinan MSN.
"Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk berjumpa dengan pihak MSN dan berkongsi perancangan masa hadapan saya.
"MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini. Pembabitan saya dalam program MSN adalah sejak tahun 2004 apabila saya menyertai skuad pelapis negara di bawah jurulatih Russia, Nikolai Kletsov.
"Oleh sebab itu, segala jasa yang ditaburkan tidak pernah saya lupakan," katanya.
MSN diwakili Timbalan Ketua Pengarahnya (Pembangunan Sukan), Jefri Ngadirin, manakala Azizulhasni ditemani jurulatihnya, John Beasley.
Pelumba yang berasal dari Terengganu itu terlepas impian untuk menghadiahkan pingat emas buat negara dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris pada Ogos lalu.
Ia selepas Azizulhasni gagal meneruskan saingan dalam acara keirin berikutan dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama gara-gara kesalahan memintas derny.
Pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu juga meluahkan rasa bangga dengan barisan kepimpinan MSN ketika ini.
"Saya amat gembira kerana kepimpinan MSN sekarang adalah jauh lebih baik daripada era sebelum ini. Barisan kepimpinan muda juga banyak yang berbakat dan mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh.
"Ucapan ribuan terima kasih kerana menjadi tulang belakang kepada karier saya selama ini dan sentiasa menyokong apa jua perancangan yang saya tujui.
"Semoga arena sukan negara akan terus berkembang maju dan memberikan manfaat kepada masyarakat serta negara," ujarnya lagi.
--Sinar Harian
Stadium Astro
Mon Oct 21 2024
Best Of 2024: Rangkul dua emas di laman sendiri momen terbaik Azizulhasni Awang
Bekas jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menjadikan detik merangkul dua pingat emas di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 sebagai momen terbaiknya sekali gus
Kembali berkayuh atau sebagai jurulatih, Azizulhasni kata tunggu jawapan selepas Umrah
Meskipun tiada pengumuman secara rasmi dibuat mengenai persaraannya, Datuk Azizulhasni Awang tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke arena pedal sebagai atlet mahupun seorang jurulatih.
PKBM, MSN sambut baik andai Azizulhasni mahu kembali dalam Program Podium
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) menyambut baik seandainya Datuk Azizulhasni Awang mahu kekal berada di dalam Program Podium tahun depan.
Azizulhasni kenang jasa MSN
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menghargai jasa Majlis Sukan Negara (MSN), yang menjadi tulang belakang sepanjang kariernya sejak 20 tahun lalu.
LA 2028: Azizulhasni pilih beraksi atau tidak?
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
LA 2028: ISN sedia beri bantuan jika Azizulhasni belum mahu bersara
Institut Sukan Negara (ISN) sedia memberikan bantuan yang diperlukan oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, seandainya Olimpian negara itu mengubah pendirian untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Josiah Ng mahu Azizulhasni Awang terus berjuang
Susulan keputusan untuk bersara yang bakal dibuat oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, selepas Sukan Olimpik Paris, bekas rakan seperjuangannya, Josiah Ng tampil dengan kenyataan dimana sekiranya Azizul bersara, ia sesuatu yang sangat menyedihkan buat legasi kariernya.
Selepas empat bulan, Azizulhasni akhirnya dapat peluk kesemua puterinya
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, hari ini berkongsikan sepotong video pertemuannya dengan keempat-empat puterinya.
Jika Azizulhasni belum mahu bersara, saya sentiasa di sisinya sebagai jurulatih -- John Beasley
Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley, bersedia untuk terus melatih Datuk Azizulhasni awal seandainya Olimpian lima kali negara itu memilih untuk tidak bersara.
Terima kasih Datuk Azizulhasni, The Pocket Rocketman
Buat Datuk Azizulhasni Awang,
Mourinho receives full backing from Fenerbahce president Koc
Koc has faith in Mourinho
Alcaraz enjoys De Minaur battle in warm-up for Australian Open
Alcaraz enjoys warm-up battle
Olmo and Victor registered by Barcelona after successful appeal to Sports Council
Barca allowed to register Olmo
Lewis-Potter signs new long-term contract at Brentford
Lewis-Potter signs long-term deal
Kluivert named Indonesia head coach
Kluivert named Indonesia head coach
'The sanction is not correct' - Ancelotti defends Vinicius after two-match LaLiga ban
Ancelotti defends Vinicius
Feyi-Waboso likely to miss entire Six Nations by undergoing shoulder surgery
Feyi-Waboso could miss Six Nations
Belgian GP agrees multi-year rotational F1 deal until 2031
Belgian GP agrees rotational deal
West Ham sack Lopetegui
West Ham sack Lopetegui
Kyrgios insists abdominal injury 'not too serious' ahead of Australian Open
Kyrgios: Ab injury not too serious