Ammar Hakim
Fri Dec 20 2024
Keputusan seri tanpa jaringan cukup untuk memastikan Singapura menamatkan perjalanan Malaysia dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Harimau Malaya dalam misi mendapatkan kemenangan -- ia dipamerkan menerusi corak permainan agresif dengan serangan demi serangan yang dilancarkan ke arah kubu pertahanan Singapura.
Bermula dengan percubaan Endrick dos Santos pada minit kelima yang melepaskan rembatan leret tepat ke arah penjaga gol, Izwan Mahbub.
Stuart Wilkin hampir mendapatkan gol buat Malaysia, percubaannya pada minit ke-28 bagaimanapun sekadar melepasi palang gol.
Peluang terbaik skuad negara dalam separuh masa pertama terhasil apabila percubaan Haqimi Azim berjaya ditepis Izwan, dengan Daniel Ting cuba menampan masuk bola namun dikekang pertahanan Singapura.
Bersambung dalam separuh masa kedua, Haqimi berjaya melepaskan tandukan di awal separuh masa kedua, sekali lagi pertahanan Singapura bertindak kemas untuk menafikan percubaan penyerang KL City itu.
Deretan percubaan yang semakin hampir menembusi gawang menghangatkan lagi suasana di SNBJ, dengan kehadiran lebih daripada 30,000 penyokong semakin terdesak mahu menyaksikan gol terhasil buat Harimau Malaya.
Kemasukan Paulo Josue meningkatkan lagi pengalaman di bahagian serangan, sepakan percuma yang diambil cuba disambar Daniel namun sekali lagi pertahanan Singapura bermain dengan cemerlang dalam usaha memastikan mereka memperoleh keputusan yang baik dalam perlawanan ini.
Tamat 90 minit dengan keputusan seri tanpa jaringan menyaksikan Malaysia menamatkan saingan Kumpulan A di tempat ketiga, sementara Thailand dan Singapura ke separuh akhir.
Piala AMEC: Sukar bermain di Bukit Jalil, pujian buat Singapura -- Safuwan Baharudin
Pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin, memberikan pujian atas usaha pasukannya mengekang Malaysia memperoleh kemenangan dalam aksi peringkat kumpulan Piala ASEAN Mitsubishi Electric di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.
Piala AMEC: Tiada rezeki Malaysia menang, jaring gol malam ini -- Haqimi Azim
Penyerang skuad kebangsaan, Haqimi Azim Rosli, gagal menahan sebak di sebalik penyingkiran Piala ASEAN Mitsubishi Electric apabila seri tanpa jaringan dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Piala AMEC: Singapura tamatkan perjalanan Harimau Malaysia
Keputusan seri tanpa jaringan cukup untuk memastikan Singapura menamatkan perjalanan Malaysia dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Separuh masa Piala AMEC: Singapura makin hampiri separuh akhir!
Skuad Harimau Malaya ketika ini terikat tanpa jaringan dalam aksi peringkat kumpulan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kesebelasan utama Piala AMEC: Misi wajib menang, Haziq Nadzli kekal sebagai penjaga gol utama skuad negara
Malaysia dalam misi wajib menang untuk kekal dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) ketika bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar lagi.
Piala AMEC: Harimau Malaya miliki kelebihan menang ke atas Singapura
Nasib 'hidup mati' Harimau Malaya bakal ditentukan oleh Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam ini.
KBS sedia tiga dana utama tingkat prestasi, budayakan gaya hidup sihat
Selari dengan hasrat untuk merakyatkan sukan, kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan tiga dana utama bagi meningkatkan prestasi sukan, membudayakan gaya hidup sihat selain memacu industri sukan tanah air.
LIVE STREAMING Sidang Media Piala AMEC: Misi 'hidup mati' Pau Marti, Harimau Malaya mahu menang
Harimau Malaya tiada jalan lain selain perlu menang menentang Singapura untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Piala AMEC: Buriram United panggil pulang tiga pemain penting, Kemboja ada peluang? Apa nasib Harimau Malaya?
Thailand terpaksa melupakan khidmat tiga pemain utama atas faktor tugasan bersama kelab masing-masing menjelang pertemuan perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Kemboja dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, esok.
PKBM, MSN sambut baik andai Azizulhasni mahu kembali dalam Program Podium
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) menyambut baik seandainya Datuk Azizulhasni Awang mahu kekal berada di dalam Program Podium tahun depan.
Bayern Munich 5-1 RB Leipzig: Five-star hosts go seven points clear
Report: Bayern 5-1 Leipzig
Australia drop McSweeney, call up uncapped Konstas for Boxing Day Test
Aus drop McSweeney, call up Konstas
Slot: Too early to judge Liverpool's Premier League title chances
Slot: Too early to judge title race
Flick: Barcelona 'not happy' with recent run, but will 'fight until the end'
Flick: Barca will keep fighting
Leverkusen want to end historic year on a high, says Alonso
Alonso wants to end year on high
Gatland to coach Wales at 2025 Six Nations, but must improve results
Gatland remains Wales head coach
Napoli boosted by Kvaratskhelia return for Genoa clash
Kvaratskhelia available for Napoli
Man City dealt injury blow with Dias out for 'three or four weeks'
Dias out for three to four weeks
'That was kind of embarrassing' - Curry cannot hide frustration after heavy Memphis defeat
Curry: 'That was embarrassing'
'I haven't found the key' - Simeone seeking first LaLiga away win over Barca
Simeone: 'I haven't found the key'