Pasukan bola keranjang Amerika Syarikat (AS) menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas dalam lima edisi berturut-turut sejak 2008 dengan kemenangan 98-87 ke atas Perancis, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Steve Kerr menampilkan persembahan memukau untuk kekal mengungguli sukan tersebut dalam temasya berprestij itu.


Bintang Golden State Warriors, Stephen Curry, memperaga aksi bertenaga selepas menonjolkan prestasi sebenar melakukan beberapa percubaan yang memberi kelebihan buat AS.