Wakil gandingan beregu wanita dari Kelantan, Yeap Phai Lin-Aufa Nurdini Mohammad, berhasil melayakkan diri ke suku akhir acara badminton Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) selepas menewaskan gandingan dari Perak 21-17, 21-14.

Meskipun sudah berusia 17 tahun, kedua-dua pemain tersebut mahu menutup penganjuran ini dengan sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa dengan harapan melangkah ke separuh akhir di Lembah Klang, hari ini.

"Kami menyasarkan peringkat separuh akhir, namun tidak mahu terlampau yakin untuk ke final kerana ini merupakan tahun akhir buat kami dalam MSSM," kata Aufa Nurdini.