Tindakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan di antara Perak dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) buat kali kedua di Stadium Perak amat mengecewakan penyokong kedua-dua pasukan.
Kehadiran seramai 10,833 penyokong yang menanti perlawanan tertunda itu dimainkan sekadar memberi harapan palsu apabila penantian selama lebih sejam untuk sepak mula sekadar menyaksikan pemain memanaskan badan di dalam padang.
Bagi penyokong tuan rumah, Syamsul Fetry Abdul Rahman, kehadirannya ke stadium bersama isteri dan dua orang anak dari Shah Alam, Selangor, untuk menyaksikan perlawanan tersebut nyata hampa.
Katanya, penyokong yang hadir amat menanti-nantikan perlawanan di antara dua pasukan hebat di dalam Liga Malaysia itu.
"Saya memang kecewa sebab datang jauh dari Shah Alam nak tengok perlawanan ini tapi akhirnya ditangguhkan lagi.
"Kalau tengok hujan tidaklah lebat dan kondisi padang pun ok, tapi tak tahu kenapa tiba-tiba kena tangguh. Perlawanan ini memang saya nanti-nantikan tapi malangnya tak dapat nak tengok," katanya.
Seorang penyokong yang mahu dikenali sebagai Faizal, menganggap keputusan MFL menangguhkan perlawanan buat kali kedua itu hanya menyusahkan peminat.
Jelasnya, tindakan itu membuang masa dan wang penyokong yang datang dari segenap pelosok negeri Perak.
"Kalau perlawanan memang mahu ditangguhkan sepatutnya umumkanlah lebih awal. Sekurang-kurangnya, penyokong boleh balik awal, tak perlu tunggu berjam-jam.
"Memang membuang masa saya. Saya tunggu tiga jam tapi tiba-tiba perlawanan batal. Kesian pada penyokong, anak-anak yang datang dengan semangat nak tengok pasukan bermain," katanya.
Sementara itu, bagi penyokong JDT, Muhammad Hafiz Ahmad Sohan, penangguh perlawanan itu juga tidak disenangi.
Dia yang datang berempat dengan isteri dan dua orang anak mengakui keputusan MFL itu tidak langsung dijangka kerana perlawanan pertama sebelum ini sudah ditangguh.
"Saya memang peminat JDT. Sejak setahun tinggal di Perak, ini kali pertama nak tengok perlawanan di Stadium Perak dengan keluarga. Di Larkin kita dah biasa tengok.
"Sebenarnya saya nak beri pengalaman pada anak-anak suasana perlawanan di stadium. Tapi sebelum diumumkan perlawanan ditangguhkan cuaca dah makin baik tadi," katanya.
Terdahulu waktu sepak mula bagi perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dengan JDT ditangguh selama tiga kali bermula jam 8.15 malam diikuti 8.45 malam dan seterusnya 9.15 malam sebelum diumumkan penangguhan terus ke tarikh yang akan diumumkan oleh MFL kemudian.
Kredit -- Sinar Harian
Stadium Astro
Sun Oct 06 2024
Saya akan kembali ke Eropah -- Allee Putra
Bekas pemain Kelantan, Allee Putra Azril, menegaskan bahawah tiada istilah putus asa dalam kamus hidupnya untuk mengejar impian beraksi bersama kelab Eropah.
AWCL: Sabah tewas 7-0 kepada Wuhan Jiangda
Pasukan tuan rumah, Wuhan Jiangda, menidakkan impian pasukan Sabah wanita apabila tersingkir daripada Liga Juara-Juara Asia Wanita selepas dibelasah 7-0 di Pusat Sukan Budaya Hankou, sebentar tadi.
Harimau Malaya hilang khidmat Dion Cools bertemu New Zealand
New Zealand jadi medan terbesar uji kekuatan sebenar skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Auckland pada 14 Oktober depan
Liga Super: Berapa aksi lagi nak kena tunda? -- TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sekali lagi menyuarakan kekesalan terhadap kualiti padang bola sepak di negara ini.
Liga Super: 'Tangguh perlawanan dua kali menyusahkan penyokong'
Tindakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan di antara Perak dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) buat kali kedua di Stadium Perak amat mengecewakan penyokong kedua-dua pasukan.
Pemain Kedah tetap hadir jalani latihan
Walaupun masih dihimpit masalah tunggakan gaji, pemain Kedah Darul Aman (KDA) dilihat tetap turun menjalani latihan di Stadium Darul Aman, Alor Setar petang semalam.
LaLiga: Szczesny perlu sabar tunggu penampilan pertama dengan Barcelona
Penjaga gol baru Barcelona, Wojciech Szczesny, tidak dapat melakukan penampilan pertamanya menentang Alaves dalam saingan LaLiga malam ini dan perlu menunggu sehingga tamat waktu rehat antarabangsa untuk melakukannya.
Serie A: Hatrik Thuram bawa Inter Milan terus saingi kelompok atasan
Marcus Thuram menjaringkan hatrik ketika Inter Milan menewaskan 10 pemain Torino 3-2 dalam aksi Serie A di Stadio Giuseppe Meazza awal pagi tadi.
LaLiga: Gol gemilang Valverde, Vinicius pastikan Madrid terus beri tekanan kepada Barcelona
Real Madrid kembali menyamakan mata dengan seteru tradisi, Barcelona, di kedudukan dua teratas LaLiga apabila menewaskan Villarreal 2-0 di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
EPL: Kovacic dedikasi dua gol Manchester City buat bakal anaknya
Mateo Kovacic mendedikasikan dua jaringannya buat anaknya yang bakal lahir ketika menjadi wira kemenangan Manchester City menewaskan Fulham 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad lewat malam tadi.
Inzaghi demands more from Inter after narrow win over Torino
Simone Inzaghi sees plenty of room for improvement from his Inter team after they claimed another narrow win in Serie A.
Real Madrid's Carvajal confirms serious knee injury
Dani Carvajal has promised to "come back like an animal" after he sustained a serious knee injury in Real Madrid's win over Villarreal.
Djokovic relieved to pass Michelsen test in Shanghai
Novak Djokovic is one ATP Tour title away from hitting 100, but the Serbian had to survive a late scare against Alex Michelsen in Shanghai.
Guardiola not concerned despite Manchester City's poor defensive record
Defence does not concern Guardiola
New York City FC v Nashville SC: 'Fourth place is everything', claims Cushing
Preview: NYCFC v Nashville SC
Portland Timbers v FC Dallas: Neville hopes to bounce back and clinch play-off spot
Portland Timbers will secure a place in the MLS playoffs with a positive result at home to reeling FC Dallas.
Toronto FC 0-1 Inter Miami: Campana's stoppage-time strike keeps visitors on track for MLS record
Inter Miami striker Leonardo Campana kept dreams of an MLS record points tally alive with a stoppage-time strike against Toronto FC.
Real Madrid 2-0 Villarreal: Valverde and Vinicius stunners down high-flying visitors
Real Madrid maintained their unbeaten start to the season, but their win over Villarreal was overshadowed by Dani Carvajal's late injury.
Inter 3-2 Torino: Thuram hat-trick keeps Serie A champions within reach of top spot
Marcus Thuram led Inter to a 3-2 victory over Torino to keep the pressure on league leaders Napoli, who they are two points behind.
'I back myself on penalties', says Everton's spot-kick hero Pickford
Jordan Pickford quipped Anthony Gordon asked him for an explanation after the Everton goalkeeper denied his former team-mate from the spot.