Pasukan tuan rumah, Wuhan Jiangda, menidakkan impian pasukan Sabah wanita untuk bangkit dalam perlawanan kedua Liga Juara-Juara Asia Wanita selepas dibelasah 7-0 di Pusat Sukan Budaya Hankou, sebentar tadi.

Kabange Mupopo membuka tirai jaringan Wuhan pada minit ke-30 sebelum Song Duan menggandakan kelebihan berselang lapan minit kemudian untuk memberi tekanan kepada skuad kendalian Justin Ganai.

Kedudukan tersebut terus berubah apabila Deng Menye menyumbat gol ketiga 3-0 hasil kesilapan daripada ketua pasukan, Steffi Sindhu Kaur, sebelum tamat separuh masa pertama.

Nurul Azurin Mazlan terus menjadi mangsa belasahan skuad Wuhan susulan menerima percubaan bertubi-tubi pasukan tuan rumah tatkala harus akur terhadap tiga jaringan dalam masa empat minit dibolosi.

Deng Mengye melengkapkan hatrik untuk kedudukan 7-0, sekali gus mencerahkan peluang mereka ke suku akhir kejohanan tertinggi Asia itu.