Legenda badminton negara Datuk Miisbun Sidek bukan sahaja sebenarnya hanya minatkan dunia sukan badminton sahaja malah ramai yang sudah mengetahui bahawa ada lagi satu jiwa yang diletakkan selepas badminton adalah kecintaanya kepada mengumpul kereta.
Menurut sifu ataupun guru kepada seorang lagi legenda negara Datuk Lee Chong Wei itu, hobi mengumpul kereta sebenarnya adalah hobi yang kedua selepas sukan badminton.
Jelas Misbun, sehingga kini dia memiliki puluhan koleksi kereta miliknya yang dikumpulkan sejak beliau masih muda.
Bahkan setiap satu daripadanya memiliki nilai sentimental dan ceritanya yang tersendiri.
"Masing-masing tu ada sejarahnya yang tersendiri, kebanyakkan setiap kereta yang ada ini adalah hasil daripada pembelian yang dijana daripada memenangi kejohanan badminton yang disertai.
"Contohnya kalau saya minat sesebuah kereta tu saya akan pastikan saya akan memenangi sesuatu kejohanan itu untuk saya memilikinya. Ia antara motivasi juga kepada saya untuk memenangi sesuatu kejohanan." Katanya ketika ditemubual oleh salah sebuah stesen penyiaran tempatan baru-baru ini.
Jelas Misbun lagi, beliau masih mengingati kereta pertama yang pernah dimilikinya sepanjang bergelar jaguh tersohor badminton negara iaitu dari jenis Honda Civic Hatchback yang juga merupakan daripada hasil kemenangan daripada beberapa kejohanan kebangsaan yang disertainya.
Malah sebahagian hasil kereta yang dimiliki juga dibeli secara tunai selepas berhempas pulas mengerah keringat untuk memenangi sebarang kejohanan yang disertai.
"Dulu ada sirkit kebangsaan ..bila saya menang tu saya akan kumpulkan sikit-sikit dan seya beli..dulu harga tu baru dalam sekitar RM8000.00 saja."Katanya lagi.
Antara koleksi yang masih kekal dalam milikanya termasuklah beberapa jenis kereta yang sudah jarang didapati ketika ini termasuk Mercedes 190, Honda Prelude dan banyak lagi.
"Honda Prelude adalah antara kereta koleksi yang paling saya sayanglah..dah lama dah dia ni ikut saya (sambil menunjukkan kereta tersebut) dan masih lagi boleh jalan." Jelasnya sambil tersenyum.
Bukan sahaja koleksi kereta import yang dimiliki oleh Misbun malah beliau juga tidak ketinggalan untuk menjadikan kereta keluaran tempatan untuk dijadikan koleksi.
Ini termasuklah dari jenis Proton Saga (Magma), Kancil dan beberapa yang lain.
"Ye lah kadang-kadang kereta lama ni adalah masalah dia tapi kita kenalah cari puncanya dan kita betulkan. Jadi bolehlah ia untuk bertahan lebih lama, nak beli yang baru tu boleh jer bukan tak boleh." Katanya ketika ditanya bagaimana untuk mengekalkan keaslian dan penjagaan terhadap kereta-kereta lama miliknya.
Misbun juga mengakui kemahiran pemanduanya bukanlah kaleng-kaleng bahkan ada masa beliau juga akan memandu dengan tahap kelajuan yang agak tinggi.
"Skill saya memandu tu bawah sikit daripada skill badminton..ada masa saya akan bawa kereta laju juga tapi tengok keadaanlah." Katanya sambil disambut dengan hilai ketawa.
King Hisyam
Thu Sep 05 2024
TERKINI Terbuka China: Zii Jia pulang awal, sekadar raih dua mata di set kedua
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, tersingkir di pusingan pertama Terbuka China, sebentar tadi.
Terbuka China: Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit atasi wakil tuan rumah
Pasangan profesional negara, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani, melangkah ke pusingan kedua saingan Terbuka China yang berlangsung sebentar tadi.
Wooi Yik mula jalani latihan selepas pulih retak jari kaki
Pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik, telah mula mempamerkan perkembangan apabila kembali menjalani sesi latihan selepas mengalami kecederaan retak jari kaki.
Info Siaran Terbuka China: Jom sokongan buat Lee Zii Jia!
Kejohanan Badminton Terbuka China 2024 membuka tirai dan menyaksikan wakil perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, kembali ke gelanggang bertemu wakil Jepun, Koki Watanabe.
Astro Kem Badminton: Bakat cilik terpilih jadi anak didik Goh V Shem, Chan Chong Ming
Selesai jelajah di beberapa negeri, kini Astro Kem Badminton mempunyai beberapa pemain terbaik yang telah disenarai-pendek bagi menjalani kem lima hari di bawah bimbingan jurulatih badminton negara yang terdiri daripada Goh V Shem dan Chan Chong Ming.
MSSM: Kem badminton Kuala Lumpur sasar tiga kelompok terbaik
Pengurus pasukan skuad badminton MSSM Kuala Lumpur, Dr Chun Cheng Chuan, meletakkan sasaran sekurang-kurangnya tiga tempat teratas keseluruhan buat pasukan kendaliannya menjelang Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024.
Saya pernah bertanding di 13 negeri. Semua saya sayang -- Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia yang disambut seluruh negara hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia agar dapat meraikan dengan semangat perpaduan dan patriotik yang tinggi.
MSSM: Yeap Phai Lin-Aufa Nurdini waspada laluan ke final
Wakil gandingan beregu wanita dari Kelantan, Yeap Phai Lin-Aufa Nurdini, berhasil melayakkan diri ke suku akhir acara badminton Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) selepas menewaskan gandingan dari Perak 21-17, 21-14.
Terbuka Hong Kong: Pearly Tan-M. Thinaah akhirnya juara selepas kecewa dalam final lalu, kejuaraan pertama tahun ini
Gandingan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, akhirnya berjaya mendapatkan gelaran pertama tahun ini selepas membenam pilihan kedua kejohanan, Liu Shengshu-Tan Ning di Kowloon, sebentar tadi.
Info Siaran Final Terbuka Hong Kong: Misi Pearly Tan-M. Thinaah ubati kekecewaan lalu
Pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, akan bertemu lawan dari China, Baek Ha-na-Lee So-hee, bagi misi meraih kejuaraan ketiga peribadi dalam saingan Terbuka Hong Kong selepas mengharungi lima aksi akhir jelajah dunia BWF.
Minnesota United v FC Cincinnati: Consistency the key for playoffs, says Noonan
Preview: Minnesota v FC Cincinnati
Emery focused on 'new mentality' in Aston Villa's Champions League debut
Emery intent on new Villa mentality
New York City FC v Philadelphia Union: Playoff push continues says Curtin despite Messi setback
Preview: NYCFC v Philadelphia Union
Birmingham 3-1 Wrexham: Stansfield brace earns hosts Hollywood derby win
Report: Birmingham 3-1 Wrexham
Slot doubles down on selection policy ahead of Champions League opener
Slot doubles down on team selection
Ballon d'Or winner Bonmati extends Barcelona stay
Bonmati signs new Barcelona deal
Toronto FC v Columbus Crew: Herdman embracing hectic fixture schedule
Preview: Toronto FC v Columbus Crew
Kompany dreaming of leading Bayern to Champions League home final
Kompany dreaming of home final
Frank aims to 'find solutions' after being dealt Wissa injury update
Brentford confirm Wissa injury
Ricciardo ready to experience the world of motorsport amid F1 exit rumours
Ricciardo keeping options open