Harimau Malaya tidak perlu serik berdepan pasukan yang jauh lebih kuat dalam usaha memberikan pendedahan dan pengalaman berguna kepada pemain negara dalam aksi peringkat tertinggi pada masa akan datang.
Pemerhati bola sepak negara, Datuk Richard Scully, berkat, kekalahan besar 0-4 kepada New Zealand menunjukkan banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, sekali gus menyedarkan semua pihak tentang kelompangan besar dalam pasukan.
Menurutnya, segala usaha yang dilakukan sebelum ini, termasuk mengambil pemain naturalisasi dan pemain warisan, masih belum cukup dan perlu dilipatgandakan untuk mencapai hasil yang lebih baik.
“Saya mahu melihat dari sudut positif (perlawanan lawan New Zealand) apabila kita berani sahut cabaran bermain dengan mereka walaupun mengetahui standard kita dengan mereka sangat jauh berbeza berdasarkan ranking.
“Memanglah keputusan dibelasah 4-0 itu tidak sedap didengar, namun dalam kekalahan itu, ada hikmah yang boleh diambil.
“Setiap orang kena sedar ini adalah tahap sebenar bola sepak untuk bermain di tahap dunia,” katanya.
Dalam perlawanan persahabatan Tier 1 itu, skuad negara mati langkah apabila perlawanan di dominasi sepenuhnya pasukan di ranking ke-95 dunia berkenaan.
Peluang Harimau Malaya menguji gawang New Zealand juga hanya boleh dikira dengan jari selain kelihatan pemain negara cukup gugup berdepan tuan rumah di Auckland.
Dalam pada itu, Richard turut menyifatkan perlawanan tersebut perlu menjadi penanda aras terutama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pemain untuk meningkatkan tahap kualiti permainan.
“Bagi saya, perlawanan tersebut menjadi satu penanda aras kepada kita. Kalau nak lawan dengan pasukan ranking lebih baik, ini yang kita perlu hadapi.
“Pau Marti Vicente (pengendali Harimau Malaya) kena fikir apa yang perlu beliau lakukan untuk menandingi penanda aras itu.
“Sebab itu saya cakap perlawanan ini penting kerana kalau kita tak main (dengan pasukan kuat), kita tak tahu bagaimana sakitnya jatuh (kekalahan),” katanya.
--Sinar Harian
Stadium Astro
Thu Oct 17 2024
Sahin mohon penyokong Dortmund terus percaya
Nuri Sahin memohon agar penyokong Borussia Dortmund untuk kekal tenang dan percaya di sebalik permulaan perlahan mereka musim ini.
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
Lionel Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini sambil percaya pemain itu lebih layak memenangi anugerah berkenaan berbanding mana-mana pemain lain.
Saya bukan penipu -- Pogba mahu kembali ke lapangan
Paul Pogba menegaskan bahawa dia bukan seorang penipu tetapi mengakui perlu bertanggungjawab atas kegagalannya dalam ujian doping yang mengakibatkan dia digantung sehingga hari ini.
Harimau Malaya jangan pernah serik
Harimau Malaya tidak perlu serik berdepan pasukan yang jauh lebih kuat dalam usaha memberikan pendedahan dan pengalaman berguna kepada pemain negara dalam aksi peringkat tertinggi pada masa akan datang.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Harapan Baru KL City
The City Boys' dengan harapan baru serta kekal waspada dengan ancaman Kelantan Darul Naim.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Bahrain mohon tukar venue, terima ancaman daripada penyokong Indonesia
Faktor keselamatan jadi faktor utama Persatuan Bolasepak Bahrain (BFA) meminta supaya perlawanan menentang Indonesia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 dipindahkan ke lokasi berbeza pada Mac tahun depan.
Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship: Putrajaya Antlers tidak mahu sekadar jadi pelengkap dalam Piala Malaysia
Penolong pengurus Putrajaya Antlers, Nik Khuzaimi Nudin, memaklumkan pihak pengurusan berpuas hati dengan prestasi ditampilkan kelab itu dalam kempen Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship yang turut menyaksikan mereka layak beraksi dalam Piala Malaysia 2024/2025.
Piala ASEAN: Dua aksi terakhir jadi cabaran Harimau Malaya di peringkat kumpulan
Dua perlawanan terakhir Kumpulan A dilihat sebagai penentu langkah seterusnya buat Harimau Malaya dalam kempen sulung Piala ASEAN 2024, Disember ini.
Messi lakar hatrik ke-10 bersama Argentina
Tidak disangkal lagi, kehadiran Lionel Messi dalam pasukan Argentina jelas berikan impak positif kepada pasukan dengan terbaru, membantu La Albiceleste berkenduri gol ke atas Bolivia dalam Kelayakan Piala Dunia Zon CONMEBOL yang berlangsung awal pagi tadi dengan keputusan 6-0.
Morata jangka masa depan cerah Sepanyol selepas atasi Serbia
Alvaro Morata menyuarakan keterujaannya mengenai masa depan skuad kebangsaan Sepanyol selepas mengesahkan tempat dalam suku akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) awal pagi tadi.
Southampton must build on Arsenal display for 'vital' games ahead, says Martin
Southampton will be looking to earn their first win of the Premier League season when they welcome Leicester to the south coast on Saturday.
Man Utd's Zirkzee reveals NBA inspiration
Manchester United face Brentford on Saturday, with out-of-sorts Joshua Zirkzee one of the players Erik ten Hag will hope to see step up.
'I'm not a cheater' – Pogba wants to be back on the pitch
Paul Pogba accepts he should have been more vigilant before consuming the banned substance that led to a ban, which has now been reduced.
Arsenal bounce back with Valerenga victory as Barcelona hit Hammarby for nine
After suffering defeats on matchday one of the Women's Champions League, Arsenal and Barcelona both bounced back in emphatic fashion.
Messi tips Lautaro for Ballon d'Or after 'spectacular year'
Vinicius Junior and Rodri are among the favourites to win this year's Ballon d'Or, but Lionel Messi thinks Lautaro Martinez should be.
Alcaraz books Nadal semi-final showdown at 6 Kings Slam after roaring past Rune
Fans at the inaugural 6 Kings Slam in Riyadh can look forward to an epic clash between Rafael Nadal and Carlos Alcaraz on Thursday.
Fowler completes turnaround as Man City maintain excellent Women's Champions League start
Manchester City were forced to come from behind before eventually seeing off St. Polten in the Women's Champions League on Wednesday.
Sahin urges Dortmund supporters to keep the faith despite slow start
Borussia Dortmund welcome St. Pauli in the Bundesliga on Friday, hoping for a much-needed win to relieve the pressure on Nuri Sahin.
Sinner sets up Djokovic reunion after 6 Kings Slam triumph over Medvedev
Jannik Sinner turned on the style in Riyadh, setting up a clash with Novak Djokovic at the 6 Kings Slam after his win over Daniil Medvedev.
'He'll bring a lot of energy' - Kane excited by Tuchel reunion
After working together at Bayern Munich last season, Harry Kane and Thomas Tuchel will join forces again on the international stage.