Nabil Fekir menolak kemungkinan untuk tidak meninggalkan Olympique Lyon bulan ini sambil presiden kelab, Jean-Michel Aulas, mendakwa pasukannya masih dalam percubaan untuk membawa masuk Yerry Mina.
Pemain Perancis, Fekir, berada di landasan terbaik untuk menyertai Liverpool bulan lalu sebelum Lyon membuat keputusan untuk membatalkan perbincangan.
Masa depan pemain berusia 25 tahun itu kekal menjadi spekulasi hangat tatkala Chelsea muncul pasukan terbaru yang mungkin menjadi pilihannya jika meninggalkan Lyon.
Fekir, yang menjaringkan 23 gol dalam semua kejohanan musim lalu, menjelaskan dia sedia untuk kekal bersama kelab Ligue 1 itu, namun mengesahkan kemungkinan untuk berpindah.
"Seperti apa yang anda lihat, saya masih bersama Lyon. Saya gembira di sini," ujar Fekir.
"Namun, jendela perpindahan masih belum ditutup dan apa sahaja boleh berlaku dengan pantas dalam bola sepak. Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku di masa akan datang tetapi saya sentiasa bagus bersama Lyon dan gembira berada dalam skuad."
Kenyataan Fekir itu dikeluarkan selepas Aulas mendedahkan dia masih berusaha untuk melengkapkan perpindahan pertahanan Barcelona, Mina.
Benteng Colombia itu hampir pasti meninggalkan Camp Nou sambil Everton dilaporkan telah bersetuju dengan yuran perpindahan, namun Aulas tidak menolak bahawa Mina masih berpeluang untuk ke Perancis.
"Saya tidak fikir maklumat itu sah," katanya melalui laman Twitter.
"Mina masih berminat untuk ke Lyon. Kami berharap dia akan menyertai pasukan dan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Groupama."
Penulis Jemputan
Tue Aug 07 2018
Lyon berikan kekalahan kedua berturut-turut buat PSG
Paris Saint-Germain mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tempat sendiri apabila Lyon menang 1-0 di Parc des Princes untuk memberi nafas kepada perebutan kejuaraan Ligue 1.
Lyon mengaku kalah kepada Man Utd dapatkan Malacia
Pengarah Lyon, Vincent Ponsot, berkata 'integriti kelab adalah lebih penting' daripada mana-mana pemain selepas mengaku kalah dalam usaha pasukannya mengejar bek kiri Feyenoord, Tyrell Malacia.
Tolisso harap hidup semula karier Perancis susulan pulang ke Lyon
Corentin Tolisso berharap perpindahannya dari Bayern Munich ke Lyon akan membantu memastikan dia kembali ke dalam skuad Perancis menjelang Piala Dunia.
UEL: Rangers gagal lanjut rekod kemenangan Van Bronckhorst
Rangers gagal melanjutkan rekod kemenangan permulaan Giovanni van Bronckhorst apabila mereka seri 1-1 dengan Lyon dalam saingan Liga Europa.
Liverpool berhasrat dapatkan semula khidmat Suarez
Mungkinkah Luis Suarez kembali ke Liverpool, di mana dia menghabiskan tiga musim setengah dari 2011 hingga 2014?
Benzema beri bayangan mahu bersara di Lyon
Penyerang Real Madrid, Karim Benzema, memberi bayangan mahu bersara di Lyon tetapi tidak bercadang untuk pulang ke bekas kelabnya itu dalam masa terdekat.
Fekir mungkin tinggalkan Lyon, Aulas masih kejar Mina
Nabil Fekir menolak kemungkinan untuk tidak meninggalkan Olympique Lyon pada bulan ini sambil presiden kelab, Jean-Michel Aulas, mendakwa pasukannya masih dalam percubaan untuk membawa masuk Yerry Mina.
Perpindahan Fekir ke Liverpool gagal
Olympique Lyon mengumumkan Nabil Fekir akan kekal bersama pasukan selepas perbincangan untuk membawanya ke Liverpool menemui jalan buntu.
Masa depan Fekir ditentukan selepas Piala Dunia
Presiden Olympique Lyon, Jean-Michel Aulas, menjelaskan bahawa kata putus mengenai masa depan Nabil Fekir tidak akan buat selagi saingan Piala Dunia 2018 belum berakhir.
Jaringan penalti Fekir bawa Lyon ke suku akhir
Jaringan penalti Nabil Fekir membolehkan Olympique Lyon memastikan Montpellier kempunan untuk ke suku akhir saingan Piala Perancis apabila menang 2-1 di Stadium De La Mosson, awal pagi tadi.
Hayes without Rodman, Swanson and Smith in USA squad
Hayes without influential trio
Raducanu raring to go in 2025 as she takes pride in 'unheard of' achievement
Emma Raducanu raring to go in 2025
Pedri: 'Everything going well' with Barcelona contract talks
Pedri: Contract talks going well
Doncic backs Mbappe to turn fortunes around at Real Madrid
Mbappe given Luka Doncic backing
Inglis hails 'hard to stop' Stoinis after ruthless knock
Inglis hails Stonis batting
Kane determined to continue for England beyond 2026 World Cup
Kane: 2026 not my last tournament
Germany's focus on developing for 2026 World Cup, says Nagelsmann
Nagelsmann: Germany focused on WC
'Nothing concrete' - Gyokeres brushes off Man Utd transfer links
Gyokeres not planning Man Utd move
Van Dijk and De Jong leave Netherlands squad on 'medical grounds'
VVD and De Jong leave Netherlands
Eight titles, two grand slams and 70 match wins: Sinner's spectacular 2024
Sinner's stellar 2024 recapped