Zaki Zainal
Wed Nov 27 2024
Bekas ketua jurulatih olahraga para negara, R. Jeganathan, meminta pucuk pimpinan tertinggi Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) untuk undur diri secara terhormat serta berasakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail adalah individu yang layak untuk mengisi tempat itu.
Ini rentetan kegagalan MPM memantau beberapa isu besar yang berlaku pada sukan dwitahunan Para SUKMA dan kejatuhan ketara prestasi di Paralimpik Paris.
Perkara ini amat mendukacitakan dan timbulnya rasa bimbang akan masa depan sukan para negara.
"Kita tidak mahu orang datang duduk di sana sahaja (pegang jawatan). MPM perlu dibersihkan. Saya berani cakap kepada orang yang tidak disukai perlu keluar daripada MPM.
"Kami memerlukan satu pasukan bagi membangunkan MPM. Saya tidak mahu sukan kita, MPM dan sukan para ini jatuh. Masa zaman saya Sukan Para ASEAN jumlah kutipan pingat emas paling rendah adalah 27 butir pingat.
"Baru-baru ini tujuh pingat emas sahaja, bila tanya MPM hanya ketawa kepada saya. Saya rasa sangat sedih. Saya pernah hasilkan 42 pingat untuk Sukan Para ASEAN dan sekarang tujuh pingat mereka sudah fikir mereka adalah yang terbaik.
"Jauh di sudut hati saya, saya mahukan seorang pemimpin yang baru, pasukan yang baru untuk membantu kami dan mengembalikan semula kegemilangan sukan para.
Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan yang akan berlangsung bulan depan, Jeganathan menegaskan individu paling tepat ganti Megat adalah Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Pengetahuan dan jasa Shapawi terhadap sukan para ketika dia memegang tampuk Ketua Pengarah MSN tidak boleh di sangkal menjadikan Shapawi individu yang paling faham keperluan atlit para negara.
"Saya sokong 100 peratus Datuk Ahmad Shapawi Ismail.Saya tidak pasti dia mahu atau tidak. Saya mahukan dia sebagai presiden dan saya berharap dia menerima apa yang saya maksudkan.
"Dia tahu segala kelemahan sukan kita.Saya rasa Datuk Shapawi perlu kembali semula dan berikan dia peluang. Saya yakin dia tahun semua tentang sukan para. Dia kenal semua orang di peringkat akar umbi." katanya.
Jonah Chang buka lembaran baharu dengan azam pecahkan rekod baru
Pemegang rekod lontar peluru negara, Jonah Chang Anak Rigan, memulakan lembaran tahun 2025 dengan azam untuk mencipta sejarah baharu dalam kariernya di bumi Korea Selatan, negara di mana dia memecahkan rekod 12 tahun pada kejohanan Asian Throwing Championship 2023.
Ia amat mengguris hati saya -- Zaidatul Husniah terkilan rekod kebangsaan tidak diiktiraf
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, sekali lagi melalui pengembaraan emosi penuh berliku apabila rekod 100 meter kebangsaan yang dilakarnya dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra pada Oktober lalu diklasifikasikan sebagai 'tidak sah' oleh Olahraga Dunia (WA).
Ratu pecut negara mahu bersara andai rekod kebangsaannya tidak diiktiraf WA
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, tidak menolak kemungkinan untuk bersara seandainya rekod kebangsaaan acara 100m yang dipecahkannya pada Oktober lalu tidak diiktiraf Olahraga Dunia (WA).
Debaran 48 jam Zaidatul Husniah
Hanya esok mampu meleraikan debaran Zaidatul Husniah Zulkifli yang berputih masa berikutan rekod baru 100 meter yang diciptanya Oktober tahun lalu tidak mendapat pengiktirafan daripada Olahraga Dunia (WA).
KOM beri jaminan isu rekod 100m Zaidatul Husniah bakal diselesaikan segera
Pengarah Teknikal Kejurulatihan KOM, Robert Ballard, memberikan jaminan isu teknikal yang melibatkan rekod kebangsaan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah, bakal diselesaikan dalam tempoh terdekat. Dia menjelaskan masalah pendokumentasian daripada pihak KOM sendiri untuk dihantar ke World Athletics menjadi antara faktor rekod Zaidatul dilabelkan t
World Athletics tidak iktiraf rekod 100m Zaidatul Husniah?
Rekod emas yang dilakar ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, tidak diiktiraf oleh World Athletic dengan larian terbarunya menerusi catatan masa 11.49s dilabelkan sebagai tidak sah.
Detik perkenalan Andre-Aifa dalam gelanggang skuasy
Bibit perkenalan antara jaguh lompat jauh negara, Andre Anura Anuar, dan atlet skuasy negara, Aifa Azman, terjadi ketika sedang berlatih dalam gelanggang skuasy.
Best of 2024: Detik kejayaan olahraga pilihan terbaik Kamal Nizam
Wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, menganggap pencapaian olahraga negara sebagai momen terbaik 2024 apabila pelbagai detik kejayaan membanggakan dirakam tahun ini.
Pelari cantik manis, selangkah untuk pecahkan rekod dunia
Juara 800 meter wanita Olimpik Paris 2024, Keely Hodgkinson optimis dengan kemampuan dirinya yang semakin menghampiri untuk memecahkan rekod dunia acara tersebut selepas menutup kempen 2024 dengan pelbagai pencapaian yang luar biasa.
Olimpik LA: Shereen gigih kuasai acara 100m
Tahun 2025 bakal jadi detik permulaan revolusi karier pemegang rekod kebangsaan 400 meter, Shereen Samson Vallabouy, dalam misi merealisasikan impian tertangguh peribadinya layak ke pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Tottenham sign goalkeeper Antonin Kinsky from Slavia Prague
Tottenham sign Kinsky
Gauff 'has belief she is one of the best in the world' as USA win United Cup
Gauff: I'm one of the world's best
Gambhir: It's a tough sport played by tough men, you can't be that soft
Gambhir: Australia can't be soft
Atletico Madrid must 'keep dreaming' after 13th straight win, says Griezmann
Griezmann: We will keep dreaming
Leonard's return to playing was 'the easy part' after 253 days out
Leonard: Playing is the easy part
Lehecka wins in Brisbane after Djokovic's victor Opelka retires hurt
Lehecka claims Brisbane crown
Cummins celebrates 'unreal' Australia triumph over India
Cummins: Defeat of India 'unreal'
New Zealand wanted to put on a show against Sri Lanka – Santner
NZ 'put on a show' in big win
Flick: Barcelona must not let Olmo, Victor absences derail performances
Barca must accept Olmo decision
Australia dominate India to clinch Border-Gavaskar Trophy
Australia seal emphatic win