Auckland FC bakal menjadi lawan kepada anak buah Pau Marti Vicente dalam sebuah perlawanan persahabatan tertutup Jumaat ini, menurut ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, sebentar tadi.

Kelab yang beraksi dalam kancah Liga Australia itu turut membariskan bintang Jepun, Hiroki Sakai.

Pertemuan dengan kelab tempatan itu sebagai persediaan untuk Harimau Malaya menghadapi perlawanan antarabangsa Tier 1 berdepan tuan rumah, New Zealand, yang menghuni ranking ke-95 dunia itu pada Isnin depan.