Skip to main content

Bola Sepak

Piala Xcriim: Kelab Bolasepak Anak Baik kecapi kejuaraan dalam tahun kedua penubuhan

aaa

Walaupun lebih cenderung beraksi di balapan, Firhan Dzakir Musdy membuktikan kemampuannya juga mampu diterjemahkan di atas padang bola sepak.

Pemain Kelab Bolasepak Anak Baik (ABFC) itu menjadi antara watak penting membantu pasukan tampil dengan aksi meyakinkan dalam Kejohanan Piala Xcriim kategori B-14 di Ipoh, hari ini.

Atlet Program Latihan Daerah (PLD) Hulu Langat itu mengakui olahraga kekal menjadi keutamaan namun minat terhadap bola sepak tidak pernah pudar.

Firhan menyifatkan olahraga yang diceburi sejak berusia 11 tahun banyak membantunya ketika beraksi di atas padang, terutama daripada aspek kepantasan, kecergasan dan disiplin.

Mula ditubuhkan sejak Jun tahun lalu, ABFC yang berpangkalan di Kajang turut membawa pendekatan tersendiri apabila barisan pengurusan dan jurulatih terdiri daripada ibu bapa pemain yang mahu menyokong perkembangan anak-anak mereka dalam bola sepak.

Penyertaan dalam Piala Xcriim menjadi antara langkah awal ABFC untuk memperkukuh pasukan dan penampilan sulung menyaksikan mereka meraih tempat keempat selepas tewas ditangan pasukan KBB Allstar dari Kedah 0-2 sewaktu aksi penentuan tempat ketiga keempat.

"Saya dulu bermain di posisi penjaga gol tapi kini sama ada olahraga dan bola sepak, terpulang kepada keadaan," katanya.

Tambah jurulatinya, Muhammad Firdaus: "Kami tidak sangka dengan keputusan ini. Saya masih rasa sebak.  

"Kami kumpulkan pemain-pemain muda dan ini tahun kedua penubuhan kami.

"Kami harap dapat bawa pasukan ini pergi lebih jauh."

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Related Topics

Must Watch Video