Hasrat Johny Gargano untuk merampas Kejuaraan NXT daripada Andrade “Cien” Almas sekali lagi berakhir dengan kegagalan apabila beliau tewas buat kali kedua di acara NXT minggu ini, sekaligus terpaksa meninggalkan jenama NXT buat selamanya.
Ia merupakan syarat yang diutarakan oleh pengurus Almas, Zelina Vega beberapa minggu lalu yang mana jika tewas, bintang berusia 30 tahun itu perlu meninggalkan NXT.
Walaupun Gargano masih memberikan saingan sengit, namun tuah tidak menyebelahinya. Selain gangguan dari luar oleh Vega yang kemudian berjaya dihalau oleh isteri Gargano, Candice Le Rae, ia belum cukup untuk memastikan perlawanan berjalan dengan aman tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Satu serangan oleh Almas tersasar lantas mengenai pengadil bertugas, menyebabkan pengadil tersebut tidak sedarkan diri. Menggunakan kunci penyudah Gargano Escape, kejuaraan NXT nyaris berpindah tangan. Namun ia tidak menjadi kenyataan apabila bekas rakan regu Gargano, Tamasso Ciampa muncul dan memukul belakang Gargano menggunakan tongkatnya.
Satu Hammerlock DDT kemudian dilancarkan oleh Almas, menyebabkan Johny Wrestling tewas dan terpaksa melupakan kerjaya NXTnya.
Keputusan lain:
1. Velveteen Dream kalahkan No Way Jose
2. Nikki Cross tewaskan Vanessa Borne
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Elimination Chamber dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.
Hafiz Azwany Taher
Fri Feb 23 2018
Wade Barrett kembali sepenuh masa di WWE NXT
Bekas Juara Antara Benua Wade Barrett kini sah akan terus berkhidmat sepenuh masa di jenama NXT dan akan kekal menjadi ahli pasukan pengulas bersama Vic Joseph dan bintang Hall Of Fame Beth Phoenix di sana.
WWE NXT: Gargano terpaksa pergi
WWE NXT: Dendam Sanity terbalas
Juve boss Allegri thinks Roma will be hungry after Leverkusen loss
Allegri: Roma will be hungry
Slot focused on Feyenoord task as Liverpool speculation swirls
Slot focused on Feyenoord
Kirby hopes 'job done' after leaving Chelsea in 'better place'
Kirby waves goodbye to Chelsea
Klopp has '500 reasons' for Liverpool revenge against Spurs after VAR controversy
Preview: Liverpool v Spurs
Pep Guardiola backs England for Euro 2024 success
Guardiola backing Three Lions
Man City tantalisingly close to WSL glory ahead of huge Arsenal clash
Man City face Arsenal in huge clash
Atletico Madrid must improve in top-four chase, says Simeone
Simeone: Atletico must improve
Emery demands Villa adapt after European defeat before Seagulls visit
Preview: Brighton v Aston Villa
Doncic: 'It's a pleasure' working with 'unbelievable' Irving
Doncic hails 'unbelievable' Irving
Verstappen shocked to be on pole for Miami sprint
Verstappen stunned with sprint pole