SELANGOR 1 SRI PAHANG 2
(Sri Pahang mara dengan agregat 3-2)
Sri Pahang memadam impian Selangor untuk melangkaui pusingan 16 Unifi Piala Malaysia apabila melakar kemenangan 2-1 untuk mara dengan agreat 3-2 di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Sri Pahang terlebih dahulu merobek gawang tuan rumah di sebalik ancaman terhad yang dijelmakan menerusi sepakan penalti Manuel Hidalgo pada minit ke-25 selepas video bantuan pengadil (VAR) dirujuk.
Kedudukan itu memaksa ketua jurulatih Gergasi Merah, Katsuhito Kinoshi, memasukkan Faisal Halim dalam pengenalan separuh masa kedua.
Dan sekali lagi campur tangan VAR pada minit ke-68 tidak memihak Selangor apabila membatalkan jaringan pemain dari Jordan, Ali Olwan, yang didapati ofsaid.
Selepas itu, harapan yang cuba dijelmakan tuan rumah hanya bertahan lapan minit selepas ketua pasukan, Safuwan Baharudin, mengikat kedudukan 1-1.
Ia gara-gara kesilapan pertahanan, Quentin Chen, yang menghalang larian Hidalgo terpaksa dibayar dengan harga mahal kberikutan memberikan satu lagi sepakan penalti kepada anak buah Fandi Ahmad itu.
Sergio Aguero kemudian tampil untuk menyudahkan situasi getir itu apabila tendangannya mengelirukan penjaga gol tuan rumah, Azim Al-Amin.
Selangor sempat mencemaskan pintu gol Sri Pahang yang dikawal Zarif Irfan Hashimuddin pada minit-minit akhir permainan, namun penjaga gol itu menebus kehampaan di Temerloh, minggu lalu, dengan mempamerkan kekentalannya.
Justeru, skuad Tok Gajah akan pertemuan dengan Perak di peringkat suku akhir pertengahan bulan ini.
Shaiful Shamsudin
Sun Dec 01 2024
Unifi Piala Malaysia: Tonton live streaming sesi latihan KL City, JDT, Perak, Sri Pahang
Kuala Lumpur City tempang bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT)? Siapa akan memenangi pertembungan Perak dan Sri Pahang di Ipoh?
Liga Super: Juan Muniz ulang kaji keampuhan Kuala Lumpur City
Arkitek tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Juan Muniz, menjadikan aksi pemanas badan menentang Kuala Lumpur City bagi perlawanan Liga Super esok sebagai panduan sebelum kedua-dua pasukan berentap dalam aksi suku akhir Unifi Piala Malaysia.
Unifi Piala Malaysia: Usah tuding jari, Selangor perlu terima kekalahan -- Katsuhito Kinoshi
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, berkata pasukannya tidak boleh menuding jadi dan perlu menerima kekalahan kepada Sri Pahang FC dalam perlawanan kedua pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Petaling Jaya malam tadi.
Kelab ini diurus sesuka hati -- Penyokong Selangor
Penyokong Selangor menyifatkan pihak pengurusan yang menguruskan pasukan kesayangan mereka itu sebagai 'tidak konsisten' selepas berlangsungnya sesi Townhall pada minggu lalu.
Unifi Piala Malaysia: KL City berpesta gol benam Kedah di Cheras
KL City mengganas di Stadium Cheras sekaligus melengkapkan kemaraan ke suku akhir Unifi Piala Malaysia.
Unifi Piala Malaysia: Sri Pahang musnahkan hasrat Selangor di laman sendiri
Sri Pahang memadam impian Selangor untuk melangkaui pusingan 16 Unifi Piala Malaysia apabila melakar kemenangan 2-1 untuk mara dengan agreat 3-2 di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Unifi Piala Malaysia: Gol VAR Sri Pahang tambah tekanan Selangor
Sri Pahang menambah tekanan terhadap kem Selangor apabila mendahului 1-0 di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Unifi Piala Malaysia: Ubi muda JDT kerja keras
Bergson Da Silva melahirkan kekagumannya terhadap akademi Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mampu melahirkan pemain yang bersemangat waja.
Unifi Piala Malaysia: Saya hanya jalankan tugas, kata Bergson
Penggempur berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, mengakui hanya menjalankan tugas sebagai penyerang untuk membantu pasukan dengan jaringan.
Unifi Piala Malaysia: Faisal Halim kekal di bangku simpanan, Sri Pahang turun kesebelasan sama di Temerloh
Faisal Halim masih lagi tiada dalam senarai kesebelasan utama Selangor menjelang perlawanan kedua pusingan 16 Unifi Piala Malaysia bertemu Sri Pahang yang bakal berlangsung di Stadium MBPJ, sebentar lagi
Schlotterbeck injury is a 'complete disaster' for Dortmund, says Sahin
Schlotterbeck injury 'a disaster'
Ashworth's shock exit 'not the best situation', says Amorim
Amorim: Ashworth exit not the best
Arsenal's lack of open-play goals in Premier League not a worry to Arteta
Arteta not worried by open play
Lewis-Skelly 'a joy to watch' says Arteta after Arsenal's Champions League win
Arteta hails Arsenal's Lewis-Skelly
Torres hails Barca spirit after Dortmund victory
Torres credits Barcelona spirit
Van Nistelrooy calls for calm after ‘hectic’ first week as Leicester boss
Preview: Leicester v Newcastle
Emery pleased with Villa ‘process’ but wary of Forest threat
Preview: Forest v Aston Villa
NBA: Hawks surprise Knicks, Rockets edge Warriors to reach NBA Cup semifinals
Hawks, Rockets reach NBA Cup semis
Fonseca questions Milan squad's commitment despite Red Star win
Fonseca slams Milan display
Alisson 'the best goalkeeper in the world', says Slot
Preview: Liverpool v Fulham