KDA 3 KL CITY 2
Lima jaringan dihasilkan di Alor Setar yang menyaksikan Kedah Darul Aman merekodkan kemenangan 3-2 keatas Kuala Lumpur (KL) City, sebentar tadi.
Bermula tanpa pemain utama seperti penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim, dan penyerang, Syafiq Ahmad, ia hanya memberi kelebihan tipis untuk dibawa ke aksi timbal balik pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Cheras, Ahad depan.
Semangat jersi ketiga yang baru dilancarkan pada sebelah petang membawa aura berbeza, setidak-tidak buat pemain import tuan rumah, Sony Norde, yang bakal menjadi hadiah perpisahan sebelum berkelana ke kelab Indonesia.
Bagaimanapun, anak buah Nafuzi Zain itu tersentak dengan jaringan awal skuad Warga Kota selepas Ryan Lambert melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit ke-13.
Kelebihan itu dipadamkan Sang Kenari dengan bukan satu tetapi dua jaringan Sony Norde bermula dengan ledakan juga dari luar kotak penalti pada minit ke-27 disusuli satu lagi penyudah, tiga minit kemudian.
Skuad Hijau Kuning bertambah selesa dalam babak kedua apabila seorang lagi tonggak, Sukhrob Nurullaev, menyudahkan satu peluang terhidang pada minit 69.
Mujur kedah memegang kelebihan 3-1 kerana 5 minit kemudian, import berusia 25 tahun dari Bosnia Herzegovina, Jovan Motika, menjaringkan merapatkan jurang buat 2-3 KL City.
Dalam satu lagi aksi Piala Malaysia malam ini, Perak pulang dengan senyuman lebar membawa bekalan selesa 3-0 dari Kelana Jaya selepas membelasah Kelantan Darul Naim.
Shaiful Shamsudin
Fri Nov 22 2024
Unifi Piala Malaysia: Sony Norde hadiahkan bekalan terakhir buat Kedah Darul Aman, Perak pulang dengan senyuman
Lima jaringan dihasilkan di Alor Setar yang menyaksikan Kedah Darul Aman merekodkan kemenangan 3-2 keatas Kuala Lumpur (KL) City, sebentar tadi. B
Unifi Piala Malaysia: Dua gol Sony Norde gegar Stadium Darul Aman
Kedah Darul Aman mendahului Kuala Lumpur (KL) City 2-1 selepas 45 minit pertama menerusi ledakan pemain import, Sony Norde, dalam tempoh tiga minit.
Kesebelasan utama Unifi Piala Malaysia: Syafiq Ahmad, Sony Norde ketuai cabaran Sang Kenari gempur The City Boys
Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA), Nafuzi Zain, mempertaruhkan barisan terbaiknya menjelang pertemuan pusingan pertama Unifi Piala Malaysia 2024 berdepan Kuala Lumpur (KL) City, di Stadium Darul Aman, sebentar lagi.
Unifi Piala Malaysia: Rekod bolos di Temerloh bikin Sri Pahang gusar Selangor
Selepas dibolosi enam gol dalam empat perlawanan terakhir mencerminkan kerapuhan benteng Sri Pahang menuntut Fandi Ahmad secara terbuka meluahkan kegusarannya terhadap kualiti persembahan di bahagian penjaga gol.
Unifi Piala Malaysia: Miroslav Kuljanac enggan ambil ringan cabaran Sang Kenari
Menjelang pertemuan pusingan pertama Unifi Piala Malaysia antara Kedah Darul Aman (KDA) berdepan Kuala Lumpur (KL) City, ketua jurulatih The City Boys, Miroslav Kuljanac, tidak mahu mengambil ringan terhadap beberapa isu yang melanda pasukan tuan rumah ketika ini.
Unifi Piala Malaysia: Jersi ketiga Kedah Darul Aman angkat legasi Sang Kenari
Kedah Darul Aman (KDA) melancarkan jersi ketiga berwarna Hijau, Kuning dan Merah dengan maskot Burung Kenari yang ikonik mencuri tumpuan apabila dijadikan logo utama skuad Hijau Merah itu.
Kisah Disebalik Bola -- Suara Kemenangan
Semangat merentasi penglihatan -- bola sepak lebih daripada apa yang disaksikan, dirasa, didengar dan dikongsi menerusi setiap detik. Semangat Iwan buat Perak membuktikan cinta terhadap bola tiada batasnya.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Bekas bintang muda Liga Perdana Inggeris, Causso Darame, telah dipenjara kerana menikam remaja berusia 19 tahun itu hingga lumpuh.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Kelantan Darul Naim lawan Perak
Kelantan Darul Naim akan bertemu Perak dalam aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Petaling Jaya malam esok.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Kedah Darul Aman lawan KL City
Dua pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City, akan bertembung dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Darul Aman malam esok.
Messi 'will be our No.10 in 2026', hopes Inter Miami chief Mas
Inter Miami hint at Messi stay
Man United could be without Toone until Christmas, says Skinner
Toone sidelined with thigh injury
Haaland has 'full trust' in Guardiola to halt Man City slump
Full trust in Guardiola - Haaland
Al-Nassr 1-2 Al-Qadsiah: Aubameyang winner ends hosts' unbeaten run
Report: Al-Nassr 1-2 Al-Qadsiah
Arsenal handed another injury blow as White ruled out for 'months'
White ruled out for months
England must be 'brave on the ball' to halt winless run, says Borthwick
Borthwick: England must be brave
'Like driving on ice' - Verstappen and Red Bull struggle in Vegas practice
Verstappen upset with Red Bull car
Starc hails 'fantastic bowler' Bumrah after day one in Perth
Starc hails Bumrah's bowling
Conte hopes for Ranieri's success at Roma after Napoli clash
Conte hopes for Ranieri success
Martino resigns as Inter Miami coach after early playoff exit
Martino leaves Inter Miami