Pemain kelahiran Belanda, Jeremie Agyekum Frimpong, menjadi wira buat pasukan Bayer Leverkusen apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-89 untuk membawa pasukan itu ke separuh akhir Liga Eropa UEFA (UEL).

Leverkusen terus melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 44 perlawanan dan berada di landasan terbaik untuk meraih anugerah treble musim ini.
Selepas ini, mereka akan bertemu pasukan gergasi dari Itali iaitu AS Roma, bagi menghadapi cabaran perlawanan separuh akhir Mei depan.