Penang FC mahu semua pemainnya segera menyesuaikan diri dengan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang bakal diaplikasikan dalam saingan Liga Super 2024-2025.
Ketua Jurulatihnya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, sebarang kesalahan walaupun hanya dilihat kecil bakal memberikan impak besar kepada pemain dan secara keseluruhan kepada skuad Harimau Kumbang itu.
Menurutnya, tewas 3-1 kepada kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi pramusim di Stadium Darul Aman pada malam Selasa memberikan pengajaran kepada mereka.
Pasukan berkenaan terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemainnya, Muhammad Adib Abdul Ra’op dibuang padang pada separuh masa pertama selepas menerima kad merah hasil semakan VAR gara-gara menjatuhkan Sukhrob Nurullaev.
“Ini adalah perlawanan pertama kami dengan sistem VAR. Satu perkara yang baik dan pemain perlu cepat belajar kerana kita tahu apabila menggunakan sistem ini, sedikit sentuhan, sedikit kesalahan dalam kotak penalti dan sebagainya boleh dihukum apabila pengadil dapat melihat kembali video.
“Tetapi kita perlu hormat segala keputusan kerana kita tahu kerana pengadil telah membuat keputusan dengan terbaik sekali,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Selasa.
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata, pemainnya berjaya melaksanakan perancangan pada perlawanan tersebut sebelum kad merah berkenaan merencatkan rentak permainan pasukan pelawat.
Menurutnya, Harimau Kumbang berjaya melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu tuan rumah termasuk gol tunggal yang dihasilkan oleh Richard Ankrah pada minit ke-14.
“Selepas kita dilayangkan kad merah dan bermain dengan 10 pemain bukan perkara mudah kerana berdepan dengan Kedah yang dibarisi pemain berkualiti, berpengalaman termasuk importnya.
“Apa-apapun saya gembira dengan prestasi pemain, mereka telah menunjukkan komitmen dan pemain yang diberikan peluang masing-masing bersaing untuk merebut berada dalam kesebelasan utama,” ujar beliau.-Sinar
Stadium Astro
Wed May 01 2024
Sidang media: Perkembangan terkini Faisal Halim
Semua mendoakan kesembuhan buat Faisal Halim dan tentunya kita semua mahu mendengar perkembangan yang positif.
Tujuh kelab Liga-M lulus pelesenan kelab AFC
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, mengesahkan tujuh pasukan Liga Malaysia lulus pelesenan kelab AFC bagi musim 2024/25.
Liga Super: Syed Nasrulhaq sahut saingan sihat rebut kesebelasan utama Terengganu
Penjaga gol muda Terengganu, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin, sedia bersaing dengan Mohd Suhaimi Husin bagi merebut posisi penjaga gol utama Sang Penyu musim ini.
Liga Super 2024/25: Kasut Emas tiada dalam mainan fikiran Ifedayo
Pnggempur berbisa PDRM, Ifedayo Olusegun, enggan menjadikan dua gol yang diledaknya ketika membantu kemenangan dramatik 3-2 ke atas Perak, Sabtu lalu sebagai amaran untuk kembali merampas gelaran penjaring terbanyak Liga Super.
Pemain Liga Super sambut baik kempen 'Football Love Peace'
Kempen 'Football Love Peace' yang dilancarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) disambut baik oleh semua kelab Liga Super musim 2024-2025.
Akmal Rizal tekad asah ketajaman Penang
Ketua jurulatih Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, meratapi ketumpulan di jentera serangan yang memisahkan mereka untuk memungut mata penuh Liga Super apabila buntu tanpa jaringan dengan Terengganu.
Terengganu terpaksa kompromi satu mata tanpa bintang utama
Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, terpaksa berkompromi menikmati satu mata dari Stadium Bandaraya selepas terikat tanpa jaringan dengan Penang, malam tadi.
Info siaran langsung: Sesi penyerahan Trofi Perlawanan Sumbangsih kepada JDT petang ini
Astro Arena akan bawakan secara eksklusif sesi penyampaian trofi Perlawanan Sumbangsih untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) pada petang ini.
Kalau boleh nak beraksi lawan Kedah Darul Aman -- Faisal Halim
Faisal Halim melahirkan rasa sudah jemu menjalani rawatan di hospital -- dua minggu selepas disimbah asid oleh dua orang individu tidak dikenali di Ibu Kota.
Liga Super 2024/25: Negeri Sembilan FC tak sanggup dibuli JDT
"Jangan biar Johor Darul Ta'zim (JDT) buli Negeri Sembilan." Itu peringatan ringkas pengendali Negeri Sembilan, Azzmi Ab Aziz kepada pemain skuad Rusa yang menyingkap tirai Liga Super 2024/25 berdepan penyandang juara itu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang ini.
Alonso: Self-confidence is driving Leverkusen forward
Bayer Leverkusen are looking to lift their second trophy in a potential unbeaten treble when they face Atalanta in the Europa League final.
Liverpool have to expect change under Slot, says Zenden
Liverpool officially confirmed on Monday that Arne Slot will be Jurgen Klopp's replacement, with the Dutchman due to take over on June 1.
Victor Wembanyama makes history with All-Defensive team selection
Wembanyama is just the sixth rookie to be named All-Defense and is the first voted to the first team
Kjaer to leave Milan at end of season
After four years at the club, Simon Kjaer will say goodbye to Milan when his contract expires at the end of the season.
Pochettino leaves Chelsea after one season
Despite ensuring a top-six finish for Chelsea in the Premier League, Mauricio Pochettino will not be in charge for a second season.
IPL: KKR ease past SRH into IPL final
IPL: KKR into IPL final
Putellas signs two-year deal with Barcelona
Putellas signs new Barca contract
Alonso wants to write more history with Leverkusen in Europa League final
Alonso hopeful about making history
Southgate envisages central role for 'brilliant' Foden at Euro 2024
Gareth Southgate has promised to give Phil Foden the freedom to affect games from a central position for England at Euro 2024.
Buttler: England looking to repair dented pride at T20 World Cup
England face Pakistan in the first of four T20Is on Wednesday as they build towards the World Cup.