Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengucapakan terima kasih kepada Stadium Shah Alam susulan stadium itu sudah dalam fasa dirobohkan kini.

Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan dan akan digantikan dengan Kompleks Sukan Stadium Shah Alam yang dijangka siap pada 2026.

Melalui laman media Instagramnya, TMJ mengucapkan 'Terima kasih SSA',

Stadium yang dibina pada 1994 itu bakal berwajah baru sepenuhnya dengan nama baru iaitu Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dengan fasiliti sukan yang lebih lengkap serta bertaraf dunia.