Pemain pertahanan hoki negara, Muhammad Syafiq Hassan menganggap peluang dapat kembali bersama skuad kebangsaan umpama 'Panggilan Dari Ilahi', selepas dipilih bagi menggantikan T. Perabu yang menarik diri atas urusan peribadi bagi melengkapkan senarai 46 pemain.

Dia merasa teruja serta berazam agar dapat menempatkan diri dalam kelompok senarai pendek 30 pemain yang akan diumumkan, pada 1 April nanti.

"Tak semua orang dapat peluang wakili negara, perasaan saya terlalu gembira selepas dapat kembali mewakili negara.

"Semestinya pada awalnya saya merasa sedih kerana tidak terpilih tetapi selepas dapat tahu diberikan peluang kedua saya akan buat yang terbaik untuk Malaysia dan buktikan pada jurulatih." katanya.