Sembilan daerah di Sarawak iaitu Mukah, Sibu, Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Bintulu, dan Miri bakal dibanjiri oleh peminat-peminat sukan menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

Daerah-daerah tersebut bakal menerima impak yang positif hasil daripada kunjungan penonton dari dalam dan Semenanjung Malaysia.

Daerah Sibu bakal menjadi tumpuan kepada peminat sukan badminton, bola sepak dan bola tampar. Hal ini sekaligus memberikan kesan kepada ekonomi di daerah Sibu di mana sektor penginapan, pengangkutan, pelancongan dan perniagaan mendapat permintaan yang tinggi.


1) Pasar Besar Sibu



2) Pusat Warisan Sibu

Selain terkenal dengan makanan tradisional mereka seperti Mee Sua, Sibu King Prawn Noodle, Ding Bian Hu, Kompia, Mee Kampua dan Tang Yuan, di Sibu juga terdapat tempat pelancongan menarik yang turut bakal menjadi tarikan kepada pengunjung.

Tidak asing lagi untuk setiap orang yang melancong ke sesuatu tempat membuat kajian tentang tempat yang bakal dikunjungi. Jadi para penonton SUKMA akan membuat kajian seperti makanan viral dan tempat menarik di sekitar Sibu yang ingin mereka kunjungi.

Salah satu tempat menarik yang bakal dikunjungi oleh penonton SUKMA ialah Pasar Besar Sibu. Pasar tersebut merupakan pasar paling meriah dan terbesar di daerah Sibu.

Pada waktu malam pula, Sibu mempunyai tarikan lain iaitu terdapat Pasar Malam Sibu yang dianggap sebagai syurga 'street food' dimana para pengunjung juga boleh mendapatkan makanan tradisional Sibu.

Kepada pengunjung yang lebih minat ke arah warisan budaya, mereka boleh ke Pusat Warisan Sibu. Dimana pengunjung dapat mengetahui tentang etnik dan kekayaan budaya mereka yang terdapat di Sibu.

Jadi, lan berambeh ke Sibu!