Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan melabuhkan tirainya setelah 14 hari menyaksikan atlet muda bersaing dengan semangat juang yang tinggi untuk memburu kejayaan gemilang.
Upacara penutupan yang akan berlangsung di Stadium Perpaduan di sini, malam ini dijadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Persaingan bagi merebut gelaran Olahragawan dan Olahragawati SUKMA 2024 selain juara keseluruhan temasya dwitahunan kebangsaan itu juga akan terjawab malam ini.
Berdasarkan carta kutipan pingat setakat 10 malam tadi, Sarawak mendahului dengan 72 pingat emas, 52 perak dan 66 gangsa.
Wilayah Persekutuan mengekori rapat dengan 69 emas, 62 perak dan 68 gangsa manakala Selangor 51-61-50.
Upacara malam ini akan dihangatkan dengan persembahan pembukaan ‘Sporty Dance’ melibatkan 230 pelajar sekolah rendah dan persembahan kebudayaan Selangor selaku tuan rumah edisi 2026.
Selain itu, penyanyi terkemuka Bob Yusof yang juga anak jati Sarawak, kumpulan De’Fam serta ratu rock Ella akan membuat persembahan dan mendendangkan lagu keramat Standing In The Eyes Of The World.
Beberapa laluan menuju ke Stadium Perpaduan akan ditutup mulai 3 petang ini bagi memastikan kelancaran trafik antaranya bulatan Sesco, bulatan Kesuma Resort, persimpangan Sumber Alam ke Stadium Perpaduan, Jalan Diplomatik, jalan masuk ke Pusat Akuatik Pandelela Rinong dan Jalan Stadium menuju ke simpang parkir awam.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan serta merancang perjalanan dengan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.
SUKMA 2024 menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain menghimpunkan lebih 12,000 atlet dan pegawai.
SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016. – TVS
Stadium Astro
Sat Aug 24 2024
Sukan SEA: Penganjuran bersama umpama pelaburan -- Abang Johari
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, melihat penganjuran Sukan SEA 2027 bersama kerajaan pusat merupakan sebuah jenis pelaburan untuk meningkatkan profil Sarawak.
Lima hilang selepas perahu lumba karam di Sungai Sarawak
Lima individu hilang selepas perahu lumba yang dinaiki mereka karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Para Sukma Sarawak: Kontinjen Sarawak mahu jadikan olahraga lubuk emas
Edisi lalu Sarawak dinafikan gelaran juara selepas Sabah berkelebihan lima pingat emas menjadikan sasaran kejuaraan kontinjen Bujang Senang kali ke-14 terhenti seketika.
Sukma Sarawak 2024: Semoga ketemu di Selangor 2026!
Berakhir sudah penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 menyaksikan temasya berskala besar itu berjaya diadakan dengan begitu meriah sambil mendapat perhatian menyeluruh peminat sukan Tanah Air.
Sukma Sarawak 2024 di Bumi Kenyalang labuh tirai malam ini
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan melabuhkan tirainya setelah 14 hari menyaksikan atlet muda bersaing dengan semangat juang yang tinggi untuk memburu kejayaan gemilang.
Sukma Sarawak 2024: Selangor sapu bersih semua pingat emas bola keranjang
Pasukan bola keranjang 3 on 3 Selangor bagi kategori lelaki dan wanita berjaya menghadiahkan dua lagi pingat emas pada hari terakhir acara berkenaan.
Sukma Sarawak 2024: Dhuha curi perhatian dengan lima rekod baru di kolam renang
Muhammad Dhuha Zulfikry merupakan prospek perenang masa hadapan negara, berbekalkan bukan hanya mahir acara jarak pendek, malah turut pakar acara jarak jauh.
Sukma Sarawak 2024: Saksikan secara langsung acara tumpuan final akuatik 1m papan anjal lelaki
Acara tumpuan Sukan Malaysia (Sukma Sarawak) 2024 hari ini semestinya tertumpu pada aksi final 1 meter papan anjal lelaki di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, sebentar lagi.
Sukma Sarawak 2024: 11 atlet Sarawak layak ke separuh akhir acara tinju
Semangat kem tinju Sarawak untuk meraih pingat emas kian membara apabila 11 daripada 15 atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mara ke peringkat separuh akhir.
SUKMA perlu teliti kerangka model negara maju jadi dominasi Sukan Olimpik Dunia
SUKMA (Sukan Malaysia) adalah model penting dalam melahirkan atlet bertaraf dunia, mirip dengan pendekatan yang diambil oleh negara maju.
ATP Finals: Zverev targets 10 more years at the top after Ruud win
ATP Finals: Zverev targets 10 years
Chelsea fight back to beat brave Celtic in Women's Champions League
Chelsea fight back to beat Celtic
'I have to take care of myself' – McIlroy to play reduced schedule in 2025
McIlroy to reduce schedule in 2025
Real Madrid hit Twente for seven, five-star Wolfsburg also win big
Madrid hit seven versus Twente
Women's Super League predictions: Chelsea boss Bompastor backed to break record
WSL matchday eight predictions
'England comes before anything' – Kane unhappy with Three Lions withdrawals
Kane unhappy with England drop-outs
Tilak's unbeaten ton helps India take lead against South Africa
Varma puts India 2-1 up in series
Spurs say head coach Popovich had mild stroke
Spurs say Popovich had mild stroke
Kusal and Avishka centuries take series opener for Sri Lanka
Kusal stars in ODI opener
Healy in line to equal Ireland cap record versus Argentina
Healy set to equal Ireland record