Perenang negara, Phee Jinq En, tidak akan mensia-siakan saingan 200 meter kuak dada walaupun ia bukan acara kegemarannya menjelang penampilan keduanya dalam Sukan Olimpik.

Malah, dalam perkongsiannya bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dia menegaskan peluang beraksi dalam acara itu tidak akan mengganggu tumpuannya dalam acara kegemarannya, 100m kuak dada.

"Ibarat Usain Bolt berlumba dalam acara 10km.

"Saya adalah perenang pecut, laluan trek 200m terlalu jauh jadi agak mencabar sementara fokus sebenarnya saya adalah 100m kuak dada," katanya juara Sukan SEA 2019 itu.

A post shared by Phee Jinq En (@jinqphee)



Pemegang rekod kebangsaan 50 dan 100m kuak dada itu merangkul pingat gangsa dalam kategori 200m temasya Sukan SEA di Filipina selepas dicabar ayahnya.

"Saya mahu buat yang terbaik. Saya mahu mengerahkan segala kudrat."