Penerjun veteran negara, Leong Mun Yee, mahu penampilan kelimanya di pentas Sukan Olimpik berakhir dengan kalungan pingat menjelang temasya di Tokyo bulan depan.
Persoalannya kini, berdasarkan prestasi semasa, adakah sasaran yang diletakkan itu merupakan sesuatu yang realistik?
Berdasarkan keputusan yang diperoleh Mun Yee dan gandingannya, Pandelela Rinong, dalam acara 10 meter platform seirama wanita Piala Dunia 2021, sasaran itu kelihatan sukar untuk dicapai.
Sebagai perbandingan, Pandelela dan Cheong Jun Hoong mencatatkan 344.34 mata ketika memenangi pingat Perak Sukan Olimpik Rio 2016 tetapi dalam Piala Dunia Terjun di Tokyo bulan lalu, gandingan Mun Yee dan Pandelela sekadar memperoleh 288.36 mata.
"Latihan kami berkembang dengan baik dan ia sudah mencapai sekitar 80 peratus, jadi dalam beberapa minggu ini, ia akan mencapai kemuncak," kata Mun Yee berbaki 23 hari menjelang Sukan Olimpik Tokyo.
"Untuk sukan terjun, kami memerlukan persiapan dalam jangka yang panjang dan badan juga perlu berada dalam keadaan terbaik tanpa sebarang kecederaan.
"Jika dapat meneruskan latihan seperti sekarang sepanjang tiga minggu ini dan tidak mengalami kecederaan, kami memang ada peluang untuk mendapatkan pingat.
"Kerana kami mempunyai kekuatan tersendiri tetapi pada masa sama, pesaing kami juga sama," katanya.
Mun Yee, 36, pernah menyertai Sukan Olimpik dalam edisi 2000, 2004, 2008, 2012 dan kini 2020.
Mengulas mengenai pencapaian itu, dia menambah: "Bukan mudah untuk layak ke Sukan Olimpik kerana sebelum ini, dalam acara saya, hanya tiga penerjun teratas dalam Kejohanan Dunia dan empat teratas dalam Piala Dunia akan layak.
"Saya rasa apa yang penting adalah anda perlu konsisten dan berusaha.
"Ini merupakan Sukan Olimpik terakhir saya, jadi secara peribadi, saya memang mahukan pingat.
"Memang saya dan Pandelela akan berusaha untuk mendapatkannya.
"Harap-harap sasaran saya akan tercapai kali ini," katanya.
Muzaffar Musa
Wed Jun 30 2021
Tokyo 2020: Pandelela ke separuh akhir, Jun Hoong terkandas
Dua penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, berdepan waktu sukar dalam pusingan kelayakan acara 10 meter platform individu wanita di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.
Tokyo 2020: Tiada sebarang eksperimen daripada penerjun negara -- Zhuliang
Jurulatih skuad terjun negara, Yang Zhuliang, enggan anak buahnya melakukan sebarang eksperimen dalam pusingan kelayakan acara 10 meter platform individu wanita Sukan Olimpik Tokyo esok.
Tokyo 2020: Brooker yakin Jun Hoong ada 'senjata rahsia' buru pingat
Jurulatih skuad terjun negara, Christian Brooker percaya penerjun negara, Cheong Jung Hoong, memiliki senjata rahsia untuk memburu pingat dalam acara 10 meter platform individu wanita Sukan Olimpik Tokyo.
Sukan Olimpik Tokyo: Mun Yee sasar kalungan pingat dalam penampilan kelima
Penerjun veteran negara, Leong Mun Yee, mahu penampilan kelimanya di pentas Sukan Olimpik berakhir dengan kalungan pingat menjelang temasya di Tokyo bulan depan.
Sukan Olimpik Tokyo: Jun Hoong pertaruh darjah kesukaran 2017
Penerjun negara, Cheong Jun Hoong, akan kembali menggunakan darjah kesukaran sama seperti ketika muncul juara dunia 2017 menjelang Sukan Olimpik Tokyo, bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Sukan Olimpik Tokyo: Jun Hoong layak beraksi selepas rayuan MOM diterima
Nasib jelas menyebelahi Cheong Jun Hoong apabila rayuan yang dikemukakan Majlis Olimpik Negara (MOM) untuk kembali menempatkan penerjun negara itu dalam Sukan Olimpik Tokyo bulan depan diterima Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).
Sukan Olimpik Tokyo: Jun Hoong belum pasti layak ekoran perubahan kuota
Impian penerjun negara, Cheong Jun Hoong, buat penampilan ketiga Sukan Olimpik umpama telur di hujung tanduk.
Terjun Piala Dunia Tokyo: Jun Hoong ceria terpilih
Penerjun negara, Cheong Jun Hoong, tersenarai dalam acara 10m individu platform Piala Dunia Tokyo, bermula 18 April ini.
Piala Dunia Terjun: Jun Hoong kesuntukan masa persiap diri
Bekas juara dunia, Cheong Jun Hoong, antara penerjun negara yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Piala Dunia Terjun Fina 2021 di Jepun pada 18 hingga 23 April depan.
Memanah, terjun dipilih perintis projek jangka masa panjang MSN
Penerjun kebangsaan, Cheong Jun Hoong, antara yang terbabit dalam projek perintis Majlis Sukan Negara (MSN) menjelang Sukan Komanwel Asia 2022.
Nadal's career ends as Spain are beaten by Netherlands in Davis Cup
Nadal career over as Spain lose
Wales promotion 'hasn't sunk in' for Bellamy after 4-1 Iceland win
Wales promoted to Nations League A
Hungary 1-1 Germany: Late penalty forces visitors to settle for a draw
Report: Hungary 1-1 Germany
Bosnia-Herzegovina 1-1 Netherlands: Koeman's side wrap up group stage campaign with away draw
Report: Bosnia 1-1 Netherlands
Serie A side Genoa confirm sacking of head coach Gilardino
Genoa sack head coach Gilardino
'Playing for England is the Mecca' according to Itoje amid global breakaway talk
Playing for England is Mecca: Itoje
Bahrain 2-2 Australia: Yengi rescues point for visitors with stoppage-time equaliser
Report: Bahrain 2-2 Australia
Retiring Nadal loses to Van de Zandschulp in Davis Cup farewell
Nadal beaten at Davis Cup
Raducanu's win not enough as Slovakia down Great Britain
Slovakia overcome Great Britain
Neymar should have won five Ballons d'Or, claims Buffon
Buffon lauds Neymar